Berita

Sony Didapati Menggunakan Treler Video Permainan Anthem Yang Mempunyai Logo Xbox One X

Diolah oleh Konsol

Perseteruan diantara pihak Sony dan Microsoft semakin rancak pada tahun ini apabila kedua-dua syarikat ini dilihat saling membalas serangan terhadap satu sama lain.

Bermula daripada isu compatibility backwards yang telah menjadi antara perang saraf terbesar bagi kedua-dua belah pihak dan kini nampaknya perseteruan ini tidak hanya berhenti disitu sahaja, malah semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Baca Juga: Eksekutif Xbox Mengkritik Pendirian Sony Berkaitan ‘Backwards Compatibility’

Sony Guna Video Anthem Xbox One X

Baru-baru ini, kita digemparkan dengan berita kontroversi yang amat mengejutkan dan pelik dimana pihak Sony didapati memuatnaik video permainan Anthem versi Xbox One X pada saluran youtube Playstation.

Apabila video permainan Anthem ini dimuatnaik oleh pihak Sony, dengan mudah ia telah dikenal pasti sebagai video versi Xbox One X yang telah dipertontonkan pada acara E3 2017 yang lepas.

Masakan tidak, video versi Xbox One X ini telah pun dipertontonkan pada khalayak umum pada acara E3 2017. Jadi agak mustahil bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan acara E3 yang lepas tidak kenal akan video yang dimuatnaik oleh pihak Sony ini.

Oleh sebab itu, perkara ini telah membuatkan kekecohan diantara peminat setia Playstation dan Xbox di rangkaian media sosial. Peminat setia konsol masing-masing dilihat saling berbalah mengenai perkara ini sehinggakan topik ini menjadi perbualan hangat sejak beberapa hari yang lalu sehingga kini.

Sabotaj

Beberapa pihak menganggap perkara ini mungkin terjadi angkara pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab untuk mensabotaj pihak Sony.

Jika dilihat pada logik akal manusia, mustahil pihak Sony boleh terlepas pandang tentang video Anthem versi Xbox One X ini sebelum mereka memuatnaik video ke saluran Youtube mereka.

Walaubagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis, tiada sebarang pihak ketiga yang tampil untuk memberi pengakuan tentang perkara ini.

Pihak Sony juga sehingga kini masih belum mengeluarkan sebarang maklum balas mengenai insiden memalukan ini.

Memuat Turun Kembali Video

Berikutan daripada insiden memalukan ini, pihak Sony telah pun bertindak balas pada kadar segera dengan memuat turun kembali video permainan Anthem versi Xbox One X daripada saluran Youtube mereka.

Jadi sayangnya kerana kami tidak dapat memberikan pautan untuk anda sendiri melihat video yang telah dimuat naik oleh pihak Sony ini.

Baca Juga: Anda Boleh Lupakan PS4 Pro Dan Miliki Xbox One X – Kata Eksekutif Microsoft

Rumusan

Adakah perkara ini sengaja dibuat oleh pihak Sony untuk mendapatkan publisiti yang lebih meluas atau mereka sebenarnya betul-betul telah disabotaj oleh pihak yang tidak bertanggungjawab?

Mungkinkah pihak Microsoft juga terlibat didalam insiden untuk memalukan pihak Sony? Buat masa sekarang, perkara ini masih terlalu samar-samar dan tidak dapat dipastikan. Apapun sama-sama kita ikuti lagi berita tentang peristiwa ini sehingga jawapan sebenar akhirnya muncul.

– Pengarah Pemasaran Xbox, Aaron Greenberg nampak seronok apabila memaparkan tweet yang bertulis “Oops!” We haven’t yet seen a comment from Sony’s side.”

Anda mempunyai pendapat anda sendiri mengenai insiden ini? Kongsikan dengan kami di ruangan komen 🙂

Nota: Berita ini tiada kena mengena dengan pendirian konsol.my terhadap sesuatu konsol. Bagi kami, setiap konsol anda kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.