Android & iOS Berita

Sony Memasuki Pasaran Permainan iOS Dan Android Dengan Everybody’s Golf

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Industri permainan kini semakin berubah , dan permainan berplatformkan peranti mudah alih menjadi lebih penting.

Syarikat-syarikat besar yang dahulunya tidak memberi tumpuan kepada permainan di telefon pintar/tablet, kini telah mula mengubah persepsi mereka itu. Selepas Nintendo, kini Sony pula membuat kemunculan di arena permainan telefon pintar/tablet.

Sony bermula dengan langkah yang agak selamat dengan tajuk permainan telefon pintar/tablet yang pertama iaitu Everybody’s Golf, dilancarkan di Jepun sahaja buat masa ini.

Permainan ini mempunyai potensi untuk menjadi permainan yang sesuai di telefon pintar/tablet, kerana mempunyai ciri permainan yang kasual dan mudah.

Sekiranya anda menunggu tajuk permainan yang lebih menarik dari Sony, usah risau.

Antara permainan lain yang dijanjikan oleh pembangun permainan di PlayStation untuk telefon pintar/tablet adalah Arc Lad, Arms Wild, dan Disgaea, jadi tajuk permainan-permainan popular lain juga akan hadir ke telefon pintar/tablet pada masa akan datang.

Everybody’s Golf adalah percuma di iOS dan Android (dilancarkan di Jepun sahaja buat masa ini), dan ia akan bergantung kepada pembelian dalam permainan.

Everybody’s Golf juga akan hadir ke PS4 pada 29 Ogos ini.

Sumber : phonearena

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.