Berita

Sony Menerangkan Mengapa PS4 Tidak Menyokong Backwards Compatibility

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Sony akhirnya telah menjawab satu soalan yang sering ditanya: mengapa PlayStation 4 tidak menyokong backwards compatibility? Tetapi malangnya, jawapan syarikat ini mungkin tidak menyenangkan hati mana-mana peminat yang terdesak untuk ciri ini diperkenalkan.

Dalam temu bual baru-baru ini bersama time, Shawn Layden, yang berperanan dalam pembangunan permainan global di Sony, mendedahkan bahawa syarikat itu tidak mempunyai rancangan untuk memperkenalkan ciri backwards compatible di PS4.

Layden menjelaskan, “Saya boleh mengatakan bahawa ini adalah salah satu daripada ciri yang banyak diminta, tetapi sebenarnya tidak banyak digunakan.” Eksekutif Sony ini juga mengambil contoh seperti Gran Turismo yang dikeluarkan ke PS1, PS2, PS3 dan PS4, dan berkata bahawa permainan PS1 dan PS2, “kelihatan kuno, dan siapa akan bermain permainan ini?

Ada yang berpendapat keputusan Sony ini adalah kurang bijak kerana tidak menggunakan peluang ini sebagai peluang perniagaan yang menguntungkan. Walaupun PS4 kini mendahului Xbox One dari segi jualan, tetapi satu tarikan utama untuk konsol Microsoft ini adalah ciri backwards compatibility yang ditawarkan.

PS1 dan PS2 sememangnya mempunyai koleksi permainan yang cukup besar dan peminat mungkin gemar untuk bermain permainan klasik pada konsol terkini mereka dan jika Sony menunaikan permintaan tinggi ini, ia akan menarik lebih ramai peminat dan pada masa yang sama mampu bersaing dengan Microsoft dari segi permainan klasik.

Tetapi di sisi lainnya pula, seolah-olah Sony tidak berminat untuk memperkenalkan ciri yang mereka berpendapat akan menjadi satu keputusan perniagaan yang tidak menguntungkan.

Sony pernah menawarkan peminat akses permainan klasik dan tajuk -tajuk permainan lama. Syarikat ini tidak asing dengan penerbitan semula yang dinaik taraf ke HD dan pembangunan semula, seperti Crash Bandicoot N ‘Sane Trilogy dan Final Fantasy 7 Remake yang akan datang secara eksklusif di PS4.

Walaupun Sony mungkin berpendapat tiada keuntungan yang mampu dijana dengan backwards compatibility, syarikat ini boleh berubah fikiran pada masa akan datang. Jika jualan permainan penerbitan semula yang dinaik taraf ke HD dan pembangunan semula mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.

Sumber : gamerant

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.