Berita

Sony Menguasai Lebih Separuh Daripada Pasaran Konsol Dunia

Diolah oleh hang92

Kejayaan Sony dalam generasi kini agak baik dalam sejarah konsol. Jualan PS4 mencecah 50 juta di seluruh dunia pada akhir tahun lepas.

Laporan terbaru daripada IHS Markit mendedahkan bahawa Sony telah menguasai besar sebanya 57% bahagian pasaran konsol pada 2016.

Maksudnya, pemain di seluruh dunia telah membelanjakan sejumlah $ 19.7 bilion  (~RM87.5 billion) pada tahun lepas, termasuk perbelanjaan terhadap perkakasan, perisian, dan perkhidmatan.

Sony juga telah menganggarkan bahawa penguasaan ini akan berterusan pada 2017, dan syarikat ini juga meramalkan bahawa jualan akan mencapai lebihan $ 20 juta pada tahun ini, menyaksikan kenaikan kepada peningkatan yang berterusan dalam pasaran permainan digital.

PS4, merupakan konsol yang telah hampir dua kali ganda menguasai bahagian majoriti pasaran berbanding Microsoft Xbox One, dengan Microsoft hanya mencecah lebih 27 juta unit pada akhir tahun 2016.

Walaubagaimanapun, 2017 akan menyaksikan lebih cabaran untuk Sony, dengan pesaingnya cuba untuk meningkatkan kembali penguasaan terhadap permainan konsol.

Nintendo kini telah melancarkan konsol Switch, yang telah mempunyai permulaan yang sangat baik untuk kekal di pasaran, manakala Microsoft juga akan melancarka Projek Scorpio menjelang akhir tahun.

Lagipun, Horizon: Zero Dawn sekarang adalah modal yang terbaik daripada Sony untuk PS4, telah dijual dengan angka yang luar biasa 2.6 juta salinan sejak pelancarannya.

sumber : Venture Beat

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.