Berita

Sony Perlu Menggambarkan Dengan Kehormatan & Secara Tepat Agama Hindu Di Dalam Uncharted: The Lost Legacy

uncharted-the-lost-legacy-hinduism
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Satu kenyataan akhbar dari Sami Hindu Rajan Zed, di mana beliau menggesa Sony untuk menggambarkan agama Hindu dengan rasa hormat dan tepat dalam Uncharted: The Lost Legacy, yang berlatarbelakangkan kawasan di India.

Rajan Zed, yang memegang beberapa jawatan tertinggi seperti President of Universal Society of Hinduism, Ambassador of Nevada Clergy Association, Spiritual Advisor to National Assoc. of Interchurch & Interfaith Families dan lain-lain.

uncharted-the-lost-legacy

Permainan video aksi ini yang ditetapkan di India, akan mempunyai ciri Hinduisme yang dilaporkan akan memainkan peranan penting dalam naratif permainan sambil meneroka kuil-kuil dan dewa-dewa Hindu.

Rajan Zed, dalam satu kenyataan, berharap produk akhir permainan video ini perlu mempamerkan konsep, tradisi, objek dan dewa Hindu secara asli; Memadankan pencirian seperti yang digambarkan dalam kitab suci kuno Hindu dan bukannya versi fantasi ciptaan Naughty Dog sendiri.

E3-2017-Sony-Uncharted-Lost-Legacy

Beliau juga menyatakan, jika Sony Corporation atau anak-anak syarikatnya atau pemaju permainan video lain memerlukan kepakaran mengenai agama Hindu, beliau atau sarjana Hindu lain dengan senang hati akan membantu dalam menyediakan sumber.

Uncharted: The Lost Legacy akan hadir ke pasaran pada 22 Ogos ini untuk PlayStation 4.

Sumber: wccftech

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel PES 2018 yang lain di konsol.my

Uncharted: The Lost Legacy Tiadanya Kemunculan Nathan Drake

Uncharted: The Lost Legacy Bukan Permainan Terakhir Siri Uncharted, Kata Naughty Dog

Saksikan 10 minit Treler Terbaru Cara Permainan Uncharted The Lost Legacy

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.