Pilihan Kami Ulasan

Sony PS4 atau Microsoft Xbox One

Diolah oleh hang92

Eh, tapi Sony PS4 ada PlayStation VR

Setiap apa yang ada di pasaran pasti ada wujudnya pesaing, dan setiap pesaing itu menawarkan kelebihan masing-masing untuk mempromosikan produk mereka terhadap pasaran ini. Persaingan ini adalah sihat kerana ianya dapat membiarkan pengguna untuk menentukan apa yang terbaik dengan memanipulasikan kehendak pengguna sehingga pengeluar tunduk kepada pengguna ini tadi

Pengawal

Pengawal Xbox sebenarnya lebih besar berbanding PS, kekurangan penyelidikan ergonomik yang cekap oleh pengeluar Xbox telah mewujudkan pengawal yang agak besar dimana rata-rata orang Asia khususnya di Malaysia tidak mempunyai saiz fizikal yang besar berbanding luar Asia. Maka saiz pengawal menjadi isu kerana kita tidak mempunyai saiz tangan yang besar

PS : 1

Xbox : 0

Harga

Mengikut laman web beli belah terkenal di Malaysia, www.lazada.com.my, harga terkini sehingga artikel ini ditulis konsol Xbox One 500GB adalah berharga RM 1,055.00. Untuk konsol PlayStation 4 Slim 500GB pula berharga RM 1,199.00.

Perbandingan ini menunjukkan konsol Xbox One adalah lebih murah berbanding konsol Playstation 4 yang berada di pasaran.

** harga konsol dibandingkan dengan penjual yang mempunyai penilaian bintang yang tertinggi

PS : 0

Xbox : 1

Permainan Eksklusif

Kedua-dua pengeluar konsol tersebut mempunyai beberapa permainan eksklusif yang menarik. Sony mempunyai lebih dari 100 permainan eksklusif dan Microsoft mempunyai lebih kurang 30 permainan eksklusif.

Sony mempunyai siri Uncharted yang terkenal, dan dibantu pula dengan beberapa tajuk lain seperti Last of Us, dan Ratchet and Clank.

Microsoft pula mempunyai siri Halo yang juga tidak kurang hebatnya, dibantu dengan beberapa lagi permainan terkenal seperti Gears of War dan permainan perlumbaan terkenal seperti siri permainan Forza Motosport.

PS : 1

Xbox : 1

Kelajuan Pemproses

Anda harus ingat bahawa PS4 dan Xbox One mempunyai ciri grafik yang jauh lebih baik daripada konsol sebelumnya seperti PS3 dan Xbox 360 dimana segala kesilapan dan kekurangan telah diatasi dengan sebaik mungkin.

Kelajuan pemproses amat penting dalam menjana grafik yang baik untuk pengguna. Kedua konsol ini mempunyai RAM yang sama iaitu sebanyak 8GB. Cip pemproses AMD yang digunakan oleh Xbox One mempunyai kuasa sebanyak 1.75GHz 8 teras CPU dan PS4 mempunyai 1.6GHz AMD 8 teras. Nampak tidak jauh perbezaan tetapi hal ini penting untuk menghasilkan jumlah bingkai sesaat yang diperlukan untuk grafik yang terbaik.

PS : 0

Xbox : 1

Grafik

Setelah menyentuh tentang kelajuan pemproses, kita sinambungkan dengan penghasilan grafik pula. Walaupun Xbox One mempunyai pemproses yang agak mantap berbanding PS4 namun kualati GPU yang dihasilkan adalah rendah berbanding Xbox One.

Resolusi bingkai persaat yang dihasilkan oleh pemproses PS4 adalah sebanyak 1080p 60 bingkai persaat dan Xbox One adalah sebanyak 900p 60 bingkat persaat.

PS : 1

Xbox : 0

Keputusan

PS : 3

Xbox : 3

Berdasarkan pengalaman kami, untuk merasai perbandingan sebenar lebih baik kiranya pengguna terus ke kedai fizikal dan mencuba konsol tersebut sendiri. Berbaiklah dengan tauke kedai agar dapat bermain dalam tempoh sejam, bayarlah dalam kadar berpatutan jika tauke kedai tersebut meminta untuk bayaran. Rasai perbezaan PS4 keluaran Sony dan Xbox keluar Microsoft, inilah perbandingan sebenar yang perlu dilalui oleh seseorang pengguna.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.