Pilihan Kami Ulasan

SONY PS4 SLIM ATAU PS4 PRO?

Diolah oleh hang92

Beli PS4 Pro, tapi main kat TV Plasma 24 inci — Hurmmm

Sesiapa yang ingin berniat untuk membeli PlayStation untuk permulaan tahun baru kini mempunyai 2 pilihan yang kelihatan hampir sama. Anda boleh mendapatkan samada PlayStation 4 Slim yang baharu atau PlayStation 4 Pro.

Ia sebenarnya boleh mengelirukan pengguna baru atau sesiapa yang ingin berjinak dengan dunia permainan konsol ini, jadi untuk mengetahui perbandingan terbaik anda bacalah sedikit ulasan dibawah sebelum anda melangkah ke kedai atau membeli dalam talian.

Versi Slim ini berbeza dengan versi asal PS4 biasa dimana ciri fizikal telah berubah tetapi fungsi asal tidak jauh berbeza. Cuma beza yang paling ketara adalah jika dibandingkan dengan PlayStation 4 Pro.

PlayStation 4 Pro — sangat berbaloi jika anda memiliki televisyen 4K dengan sokongan HDR.

Kategori PlayStation 4 Slim  PlayStation 4 Pro
Harga RM 1,429 (1TB) RM 2,399
Dimensi 10.43in x 11.34in x 1.54in 11.61in x 12.87in x 2.17in
CPU  AMD Jaguar 8-core (x86-64) AMD Jaguar 8-core (x86-64)
GPU AMD Radeon (1.84 TFLOP) AMD Radeon (4.2 TFLOP)
Simpanan 500GB / 1TB 1TB
Keluaran Optik Tidak Ya
Keluaran AV HDMI 1.4 HDMI 2.0
Paparan 4K Tidak Ya
USB USB 3.0 (x2 ) USB 3.0 (x3)

Permainan yang dicipta pada masa dahulu berusaha untuk memberikan grafik yang terbaik pada 60 bingkai persaat pada PlayStation 4 asal. Kini dengan PlayStation 4 Pro, konsistensi grafik dapat dilihat tetapi ia tidaklah begitu besar bezanya.

PlayStation VR juga adalah penting. PlayStation 4 Pro dibina untuk menguatkan kehebatan PlayStation VR tetapi cuma ada perbezaan kecil sahaja jika digunakan dengan PlayStation Slim.

Tetapi pembangun permainan ada mengumumkan bahawa mereka akan menggunakan kelebihan PS4 Pro untuk mewujudkan pengalaman VR yang lebih menarik

— alahai cantiknya engkau ni 

Jika anda mempunyai televisyen 4K atau sedang merancang untuk membeli satu tidak lama lagi, anda layak untuk membeli versi Pro ini dan itupun hanya jika bahawa televisyen 4K anda menyokong HDR.

Jika anda berpuas hati dengan televisyen yang sedia ada dan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menaik taraf, anda tidak dapat melihat apa-apa perbezaan yang ketara antara PlayStation 4 Pro — tepuk televisyen tanyalah resolusi TV

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.