Berita

Sony Telah Melancarkan PlayStation VR Baru Dengan Rekabentuk Yang Lebih Baik

Diolah oleh hang92

Tapi ianya bukanlah dikenali sebagai Sony Playstation VR 2!

Selepas hampir setahun sejak ianya dilancarkan, Sony kini telah melancarkan set kepala terbaru keluarannya dan ianya masih digelar PlayStation VR (PSVR)

Tujuan utama PSVR keluaran terbaru ini direka adalah untuk memudahkan anda menggunakan kelebihan HDR pada konsol anda tanpa mencabut kabel yang bersambung dengan PSVR.

Anda boleh membezakan PSVR terbaru ini dengan melihat kedudukan jack fon kepala dimana PSVR terdahulu terletak di tali kabel manakala yang terbaru ini jack fon kepala terletak di belakang unit PSVR itu sendiri.

Jadi, PSVR terbaru ini memperlihatkan rekabentuk yang dinaiktaraf untuk kelihatan lebih kemas. Selain itu, terdapat juga wayar kabel yang lebih halus untuk disambungkan pada PS4 anda, bertujuan untuk meningkatkan lagi pengalaman HDR pada PSVR anda.

PlayStation VR terbaru ini yang mempunyai nama kod rasmi CUH – ZVR2, akan dilancarkan di Jepun pada 14 Oktober ini sekali dengan berkas PlayStation Camera yang akan mempunyai tanda harga sebanyak ¥44,980 (~RM2,800).

Set PSVR terbaru ini boleh dimainkan dengan semua kandungan PSVR setakat ini, anda tidak semestinya perlu menggantikan PSVR yang anda miliki sekarang dengan yang baru ini. Selagi ianya tidak dipanggil PSVR 2 maka tiada keperlua untuk menggantikannya. Bagi anda yang bercadang ingin membelinya, kumpul la duit mulai sekarang!

sumber: kotaku

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Megaton Rainfall Akan Dilancarkan 26 September Ini Untuk PSVR

Saksikan Rangkuman Video Permainan PSVR Pada E3 2017

10 TAJUK PERMAINAN PSVR YANG TERBAIK 2016

The Inpatient: Meneroka Pusat Rawatan Mental Menggunakan VR

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia