Berita

Sony Telah Menarik Keluar Permainan ‘Trofi Platinum Paling Cepat Di Dunia’ Daripada PSN

Diolah oleh hang92

Sony telah menarik keluar sebuah permainan teka teki indie yang berjudul ★★★★★ 1000 Top Rated daripada PlayStation Store pada minggu lepas, permainan ini mendakwa bahawa pemain akan dengan secara mudah mendapat dan dianugerahkan trofi platinum dengan masa yang paling singkat di dunia.

Pada blog EuroGamer menyatakan bahawa Sony telah mengeluarkan permainan tersebut daripada senarai permainan dan meminta pembikin permainan untuk menamakan semula permainan tersebut serta mengabaikan apa-apa iklan mengenai trofi di dalam permainan tersebut.

Di dalam treler rasmi permainan tersebut, video ini ada menyatakan bahawa anda boleh dianugerahkan trofi platinum dalam masa sesingkat 20 minit.

Dengan harga serendah $0.98 (~ RM 4.21), permainan ini melibatkan teka teki yang boleh diselesaikan dengan cara yang amat mudah. EuroGamer berkata bahawa trofi ini hanyalah sebagai satu gimik untuk menarik pengguna untuk melawat laman FB mereka, dimana mereka juga ada menjual tema PlayStation 4 yang boleh dimuat turun.

Kesimpulan

Permainan adalah jarang sekali ditarik keluar daripada PlayStation Store. Trofi Platinum adalah normal, tetapi sangat susah untuk digapai. Jika permainan ini menawarkan trofi platinum dengan cara mudah maka ianya akan menjadikan kita sebagai pemain tidak kreatif dan tidak akan berusaha berhabisan untuk mencapai tujuan. Ingat, matlamat tidak menghalalkan cara.

Apa pendapat anda tentang aktiviti memburu trofi ini? Adakah permainan yang menawarkan jalan singkat ini dapat menawarkan kepuasan dalam mengejar jumlah trofi? Kongsikan pendapat anda dengan kami pada ruangan komen di bawah.

Sumber: EuroGamer

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.