Berita

Sony Telah Mendedahkan Pengawal DualShock 4 Berwarna Kristal Telus

Diolah oleh hang92

Pada minggu ini Sony Interactive Entertainment telah mendedahkan pengawal DualShock 4 baharu.

Pengawal DualShock 4 berwarna kristal telus ini didatangkan dengan tiga warna berbeza; Original, Merah, dan Biru. Setiap pengawal ini akan mempunyai lapisan plastik telus yang yang seolah-olah boleh ditembus-pandang ke dalam pengawal tersebut.

Anda boleh saksikan beberapa imej gambar pengawal tersebut di bawah.

Ketiga-tiga pengawal yang mempunyai warna berbeza ni akan dijual di Eropah bermula 17 Oktober 2017 ini.

Anda boleh membuat pra pesanan pengawal istimewa ini di SINI. Harga yang dinyatakan adalah sebanyak $ 64.99 USD (~ RM 277)

Bagi kita di Malaysia, kemungkinan pihak Playstation Asia juga akan turut mengumumkan kedapatan dan harga pengawal rasmi untuk pasaran Malaysia dalam masa terdekat ini.

Jadi, adakah anda akan mendapatkan pengawal ini?

sumber: DualShockers

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Sony Telah Mengeluarkan Video Promosi Pengawal Nacon Revolution Pro 2 Eksklusif Untuk PS4

PlayStation F.C: Pengawal Baru Dualshock 4 Edisi Terhad Diumumkan

Sembang Konsol: Kenali Pengawal PS4 Nacon Revolution

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.