Berita

Sony Telah Mengeluarkan Video Promosi Pengawal Nacon Revolution Pro 2 Eksklusif Untuk PS4

Diolah oleh hang92

Pada hari ini, syarikat Big Ben Interactive bersama dengan syarikat Nacon telah melancarkan satu video promosi terbaru mengenai pengawal Nacon terbaru untuk PS4 yang diberi nama Nacon Revolution Pro 2.

Dikenali sebelum ini sebagai produk pertama yang mempunyai lesen rasmi pengawal pro untuk PS4, kewujudan Nacon Revolution telah menguasai pasaran Eropah bagi pemain profesional yang mahukan pengawal khas untuk permainan mereka.

Keistimewaan pengawal Nacon Revolution terletak pada butang pada bahagian belakang pengawal yang boleh disetkan dengan gerakan kesukaan anda, pemain yang menggunakan pengawal ini tidak perlu menggerak jari mereka untuk membuat kombo kerana butang telah pun diprogramkan oleh anda sendiri.

Selain itu, d-pad 8 arah dan kayu analog yang bertentangan tidak seperti pengawal biasa DS4 yang lebih menyerupai pengawal Xbox One Elite juga merupakan kelebihan jika anda memiliki pengawal Nacon Revolution versi sebelum ini.

Jadi, apa yang baru terhadap pengawal Nacon Revolution Pro 2 ini? Pereka pengawal nampaknya telah mendengar kata-kata daripada peminat dan telah membuat beberapa penambahan. Diantara penambahan yang telah dilakukan adalah:

  • Anda boleh memilih mana-mana mod pemain yang telah dipra-program oleh anda sendiri.
  • Boleh diserasikan dengan Windows 10 dan Mac sekiranya anda ingin bermain menggunakan set permainan PC anda.
  • Pemain boleh menggunakan D-Pad sebagai 8 arah atau 4 arah.
  • Penggunaan kabel USB-C yang boleh dicabut semasa bermain, maka tiada lagi isu kabel diperlukan semasa bermain seperti sebelum ini.
  • Kayu analog belah kiri juga boleh diprogramkan mengikut citarasa anda.

Nacon telah menambah beberapa ciri yang diperlukan ini untuk memenuhi citarasa seorang pemain pro yang sedang mencari pengawal pro. Tidak dapat disangkal lagi semasa mula-mula kewujudan pengawal Nacon Revolution, mereka telah berjaya menarik hati pemain untuk membelinya. Kami pasti, pengawal Nacon Revolution Pro 2 pasti akan mendapat sambutan yang serupa dengan edisi pengawal sebelum ini.

Sebelum itu, jika anda tertanya-tanya bagaimanakah rupabentuk pengawal Nacon Revolution sebelum ini, anda boleh saksikan video di bawah. Anda sendiri tentukan apakah perbezaan kedua pengawal baru dan lama ini.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.