Berita

Sony Telah Menghentikan Pengeluaran PS3 di Jepun

Diolah oleh hang92

Laman web rasmi bagi Sony Playstation di Jepun telah mengumumkan pengeluaran konsol PS3 kini telah dihentikan.

Laman web permainan popular Gematsu telah memberitahu unit konsol PS3 500GB sahaja yang boleh diperolehi buat masa kini, untuk model lain semuanya telah diberhentikan.

Untuk pengetahuan anda, PS3 telah diperkenalkan pada mulanya pada tahun 2006. Di Jepun sahaja sehingga kini ianya telah terjual sebanyak 10.26 juta unit. Jika di seluruh dunia, konsol PS3 telah terjual sebanyak lebih dari 80 juta unit.

Mengikut Sony Jepun, PS3 kini masih lagi terjual sebanyak 300-400 unit seminggu walaupun PS4 sudah berada di pasaran.

sumber : gematsu

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.

Anda mungkin meminat artikel yang juga berkaitan dengan ini seperti:

10 Permainan Pilihan Kami Untuk Platform PS3

Cara Menggunakan Pengawal PS4 Pada PS3

6 Permainan Zombi Yang Anda Boleh Cuba