Berita

Sony Telah Mengumumkan Edisi Terhad Berkas PS4 Call of Duty: WWII

Diolah oleh hang92

Untuk menyambut pelancaran permainan Call of Duty: WWII, Sony telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan berkas edisi terhad istimewa PlayStation 4 tidak lama selepas pelancaran permainan ini kelak.

Berkas Call of Duty: WWII PS4 ini menampilkan corak batik penyamaran askar (camouflage?) dimana ianya akan menutup logo PlayStation pada badan konsol dan juga warna hijau askar pada pengawal Dualshock 4.

Konsol ini juga didatangkan pada kapasiti 1TB (kami jangkakan hanya versi 500GB untuk pasaran Malaysia). Selain itu, berkas “edisi terhad” ini juga akan menerima salinan permainan Call of Duty: WWII. Cuma Sony masih lagi belum mengumumkan samada salinan permainan ini didatangkan dalam bentuk cakera atau muat turun digital.

Limited Edition Call of Duty: WWII PlayStation 4 Bundle

Harga untuk berkas ini untuk pasaran di Amerika Syarikat adalah sebanyak $300 (~RM 1257.00). Tetapi itu adalah harga untuk pasaran antarabangsa, jangkaan kami, berkas PS4 Call of Duty: WWII akan berharga RM 1,499 sama harga seperti berkas PS4 FIFA 18 yang telah diumumkan untuk pasaran Malaysia pada minggu ini.

Baca juga: Sony Telah Mengumumkan Harga Berkas PlayStation 4 FIFA 18 Untuk Pasaran Malaysia

Selain itu, berkas edisi terhad in juga akan mengandungi Call of Duty: WWII: the Divisions pack, Nazi Zombies pack, dan token untuk menyahkunci senjata

Call of Duty: WWII akan dilancarkan pada 3 November ini untuk PlayStation 4, Xbox One, dan juga PC.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Satu Senjata Pilihan Boleh Dinyah Kunci Bagi Call Of Duty WWII Pra Tempahan

Dokumentari Permainan Call Of Duty Akan Hadir Tidak Lama Lagi

Call of Duty: WW2 Valor Collection Edition Didedahkan, Termasuk Tugu Gangsa

Playstation 4: Mana Lebih Baik? Kedudukan Menegak Atau Melintang?

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia