Berita

Sony Telah Mengumumkan Harga Berkas PlayStation 4 FIFA 18 Untuk Pasaran Malaysia

Diolah oleh hang92

Sony Interactive Entertainment Hong Kong Limited Singapore Branch (SIES) telah mengumumkan pada minggu ini bahawa berkas PlayStation 4 “FIFA 18” yang akan dilancarkan pada 29th September 2017 ini akan dijual dengan harga cadangan runcit iaitu RM 1,499. Berkas ini akan mengandungi konsol PS4 (500GB), sebuah cakera permainan Blu-ray PS4 FIFA 18, sebuah DUALSHOCK 4, kupon servis jaminan selama setahun PlayStation 4 dan kad langganan PS Plus selama 3 bulan.

Jika anda berminat untuk membeli berkas ini, anda boleh mendapatkannya daripada pengedar sah Sony Malaysia, untuk bantuan kedai berhampiran anda, anda boleh klik di pautan ini: http://asia.playstation.com/my/en/support/wheretoshop.

Berkas FIFA 18 ini juga mengandungi kod tebusan untuk FIFA Ultimate Team Rare Players Pack dan 3 orang pemain ICON sebagai bonus terhad yang istimewa. Jadi jangan lepaskan peluang untuk anda mengalami permainan bolasepak terhebat FIFA 18 pada PS4 terbaru anda ini.

Selain itu, jika anda sudah mempunyai konsol PS4, anda juga boleh membeli permainan ini dalam 3 edisi berbeza iaitu Icon Edition, Ronaldo Edition dan Standard Edition mengikut bajet dan minat anda.

Baca jugaFIFA 18: Apakah Perbezaan Yang Dibawa Oleh Ketiga Edisi Berbeza Ini?

Icon Edition dan Ronaldo Edition hanya boleh didapati pada muat turun digital sahaja. Manakala untuk Standard Edition boleh dibeli samada secara fizikal di kedai runcit atau muat turun secara digital.

Jadi adakah anda sudah bersedia untuk memainkan permainan bola sepak teragung ini? Kongsikan pendapat anda diruangan komen.

Segala pendapat dan pandangan anda, amatlah kami hargai.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

FIFA 18: Senarai Runut Bunyi Telah Didedahkan Oleh EA Sports

FIFA 18: Senarai Penuh 100 Pemain Terbaik Telah Disahkan

Peminat Man Utd Tidak Suka Penarafan Zlatan Ibrahimovic Dalam FIFA 18

FIFA 18: Kisah Alex Hunter Kali Ini Menampilkan Beberapa Bintang Bolasepak Dunia

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia

sumber: Playstation Asia