Berita

Spesifikasi PES 2018 Untuk PC Telah Didedahkan Oleh Konami

PES-2018-Goalkeeper
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Konami telah mendedahkan spesifikasi perkakasan PC minimum dan yang disarankan untuk memainkan Pro Evolution Soccer 2018.

Pro Evolution Software Productions dan Konami telah mengumumkan spesifikasi PC yang diperlukan untuk memainkan Pro Evolution Soccer 2018. Menurut Konami, bersama dengan spesifikasi minimum dan spesifikasi yang disarankan, permainan ini juga akan mempunyai sokongan untuk grafik 4K.

Konami memuat naik tweet di akaun Twitter rasmi mereka dengan spesifikasi penuh yang diperlukan untuk memainkan Pro Evolution Soccer versi PC . Pada masa lalu, Pro Evolution Soccer versi PC tidak dapat mencapai potensi grafik penuh mereka.

Anda boleh menyemak spesifikasi minimum dan yang disarankan seperti di bawah.

Minimum

  • OS: Windows 7 64-bit
  • CPU: Intel Core i5-3450 3.1 GHz or AMD FX-4100 3.6GHz
  • RAM: 8 GB System Memory
  • GPU RAM: 2GB Video Memory
  • GPU: GeForce GTX 650 or Radeon HD 7750 2GB
  • HDD: 30GB Available Hard Drive Space
  • DX: DirectX 11

Disarankan

  • OS: Windows 10 64-bit
  • CPU: Intel Core i7-3770 3.4 GHz or AMD FX-4170 4.2 GHz
  • RAM: 8 GB System Memory
  • GPU RAM: 2GB Video Memory
  • GPU: Nvidia GeForce GTX 660 or AMD Radeon HD 7950
  • HDD: 30GB Available Hard Drive Space
  • DX: DirectX 11

Pro Evolution Soccer 2018 akan dilancarkan pada 12 September, 2017 di PC, PlayStation 3, PlayStation 4, Switch, Xbox 360 dan Xbox One.

Sumber: DualShockers

Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel lain yang berkaitan:

PES 2018: Luis Suárez Diumum Sebagai Bintang Muka Hadapan Bagi Versi Eropah

PES 2018: Wajah Pemain Sebenar VS Wajah Pemain Didalam PES 2018

PES 2018: Video Terbaru Menampilkan Grafik, Pemain Dan Maradona

PES 2018 : Bagaimana Mahu Berlagak Seperti Anda Tahu Tentang Permainan Ini

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.