Berita

Marvel’s Spider-Man : Demo Permainan Menampilkan Dunia Terbuka Dan Mekanik Pertempuran

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Selepas peminat dikejutkan dengan berita bahawa Insomniac Games akan membangunkan permainan Spider-Man untuk PlayStation 4 pada tahun lepas di E3. Peminat mula membuat pelbagai spekulasi tentang permainan ini.

Akhirnya, selepas pelbagai spekulasi dan penantian, Sony dan Insomniac akhirnya mempertontonkan rupa sebenar permainan ini di sidang akhbar Sony E3 2017 .

Di dalam treler ini, Spider-Man berada di sebuah tapak pembinaan, sedang menumpaskan musuh-musuh yang bekerja di bawah Wilson Fisk, juga dikenali sebagai The Kingpin.

Pada mulanya, Spider-Man memilih untuk pendekatan serangan yang tersembunyi dengan menggunakan perangkap berasaskan sesawang.

Setelah pertempuran mula terdedah dan terbuka, animasi adalah sangat lancar dan seakan-akan menyerupai mekanik pertempuran dalam permainan Batman Arkham.

Bagi peminat yang berharap untuk melihat tarikh keluaran pada tahun ini, malangnya treler ini berakhir dengan hanya memaparkan tahun pelancaran iaitu tahun 2018.

Spider-Man akan dilancarkan eksklusif hanya untuk PlayStation 4 pada tahun 2018.

Sumber : game rant

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.