Berita

Spider-Man: Peta Bandar New York Adalah “Beberapa Kali Lebih Besar” Daripada Peta Overdrive Sunset

spider-man-ps4
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Spider-Man, permainan eksklusif PlayStation 4, pertama kali diumumkan tahun lepas pada E3 2016 dan pada tahun ini E3 kita dapat melihat rakaman permainannya. Permainan ini boleh dikatakan sebagai impian peminat Spider-Man yang menjadi satu kenyataan.

Walaupun kita telah disajikan dengan beberapa rakaman permainan, namun masih banyak tentang permainan ini yang masih kabur, termasuk berapa besarkah dunia terbuka di New York City.

Pembangun permainan ini, Insomniac Games, mendedahkan di Twitter bahawa mereka tidak dapat mengatakan secara tepat kebesaran peta itu tetapi ia adaklah “beberapa kali lebih besar” daripada peta permainan Overdrive Sunset (permainan eksklusif Xbox One yang turut dibangunkan oleh Insomniac Game) sebelum ini.

Insomniac Games memuat naik Tweet ini selepas seorang peminat bertanya sebesar manakah peta itu jika dibandingkan dengan peta dalam permainan The Witcher 3: Wild Hunt.

insomniac-games-tweetKita boleh mejangkakan bahawa peta permainan ini adalah sangat luas dan terdapat banyak ruang untuk pemain dalam melakukan aksi-aksi Spider-Man.

Tarikh keluaran yang tepat masih belum diumumkan tetapi kini dijadualkan sekitar awal tahun 2018.

Sumber: twinfinite

Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan dengan tajuk ini iaitu;

Sah! Days Gone, God Of War Dan Spider-Man Akan Dilancarkan Pada Suku Pertama 2018

Alami Pengalaman Pandangan Orang Pertama Di Dalam Spider-Man Homecoming VR

Marvel Spider-Man : Demo Permainan Menampilkan Dunia Terbuka Dan Mekanik Pertempuran

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.