Ura-ura

Spider-man PS4 : Akan Bergayut Kepada Anda Pada Hujung Tahun 2017

Diolah oleh hang92

Call of Duty :WWII , Star Wars Battlefront 2, dan harap-harapnya Red Dead Redemption 2 semua dijangka menyusul pada tahun ini, permainan untuk tahun ini nampaknya disusun cantik oleh Sony untuk PlayStation 4.

Baca di sini untuk mengetahui senarai permainan eksklusif untuk PS4 pada tahun 2017

Tetapi, tahun ini tidak akan menjadi lebih hebat lagi apabila permainan eksklusif PS4 yang dibikin oleh Insomniac Games, Spider-Man juga akan dikeluarkan.

Kami menjangkakan permainan Spider-Man ini akan keluar serentak dengan keluaran DVD filem Spider-Man: Homecoming dan kemungkinan pelancaran adalah sebelum Krismas, ada kemungkinan bahawa Sony mungkin turut mensasarkan masa yang sama untuk permainan ini.

Kita, sudah tentu, perlu tunggu dan lihat apa yang akan terjadi pada tahun yang menarik tahun 2017 ini tetapi ini adalah tetap suatu khabar angin yang menarik.

Tajuk : Spider-Man
Bilangan pemain : Pemain tunggal
Genre : Aksi, Pengembaraan

sumber : neogaf

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.