Berita

Square Enix Mengumumkan Permainan Baru, Left Alive

Left-Alive
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Semasa persidangan akhbar Sony di Pertunjukan Permainan Tokyo 2017, Square Enix mengumumkan Left Alive, permainan aksi menembak akan dilancarkan pada PC dan PlayStation 4 tahun depan.

Tidak banyak yang diketahui tentang permainan ini selain pasukan pembikin di sebalik permainan ini. Pasukan pembangun menampilkan beberapa veteran dalam industri permainan video.

Toshifumi Nabeshima (pengarah, siri Armored Core), Yoji Shinkawa (pereka watak, siri Metal Gear), dan Takayuki Yanase (pereka, Ghost in the Shell: Arise, Mobile Suit Gundam, Xenoblade Chronicles X) akan bekerjasama untuk pembikinan Left Alive.

Mereka juga ada meninggalkan treler acah untuk tontonan umum. Anda boleh saksikan di bawah.

Sumber: wccftech

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia