Berita

Star Wars Battlefront II: Treler Rasmi Dari EA Sudah Dikeluarkan

Diolah oleh hang92

Di dalam treler terbaru oleh EA ini, permainan Star Wars Battlefront II telah ditunjukkan cara permainan bagi mod pemain berbilang dan sedikit sedutan dalam permainan ini.

Anda dapat saksikan bagaimana Battle Droids mara ke dalam medan peperangan bersama kenderaan Multi-Troop Troop yang amat besar.

Lihat bagaimana puak Separatist bertempur dengan puak Theed. Saksikan Rey dan Kylo Ren berlawan sesama sendiri dengan pedang biru dan merah.

Tarik nafas, dan bersedia untuk menyertai pertempuran terbesar untuk menentukan nasib galaksi dari permainan yang diadaptasi daripada filer Star Wars ini.

Star Wars Battlefront II boleh didapati mulai 14 November jika anda membuat pra pesanan itu Star Wars Battlefront II: edisi Elite Trooper Deluxe Edition, atau pada 17 November jika anda membeli edisi biasa.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.