Berita

StarCraft Remastered Sudah Dilancarkan Dan Disokong 4K

Diolah oleh hang92

StarCraft merupakan permainan klasik yang bertemakan strategi masa sebenar, real-time strategy, dan permainan ini semakin menghampiri ulangtahun kelahiran yang ke-20 tidak lama lagi.

Bagi peminat yang sudah bermain dengan siri francais seterusnya iaitu StarCraft II atau Heroes of the Storm (yang mempunyai pelbagai watak daripada StarCraft), mereka mungkin tidak akan kembali lagi untuk bermain dengan siri asal permainan ini iaitu  StarCraft

Walaubagaimanapun, situasi tersebut berubah hari ini, Blizzard telah melancarkan permainan pertama remaster bertajuk StarCraft Remastered.

Permainan yang telah dibuat dinaiktaraf ini menyokong penggunaan skrin lebar, termasuk 4K (jika anda tidak mahu menggunakan 4K, anda hanya perlu klik butang dan kembali pada visual lama).

Selain itu, kualiti audio juga telah dinaiktaraf, dan video cerita di antara permainan juga akan dimainkan dalam format HD.

No Caption Provided

StarCraft Remastered telah dilancarkan pada hari ini dengan harga $15 (~ RM 64.45) dan juga termasuk dengan permainan perkembangan Brood War.

Untuk perbandingan visual grafik, anda boleh saksikan video di bawah hasil daripa IGN yang membandingkan kedua grafik permainan ini.

Jadi, adakah anda mendapatkan permainan remaster ini pada sekarang juga?

sumber: gamespot

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikannya di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.