Imbasan

STARDEW VALLEY

Diolah oleh Along Naz

Disember 2016 yang lalu, Sickhead Games telah melancarkan produk mereka, Stardew Valley ke pasaran. Menariknya, selepas 3 bulan berada di pasaran, permainan ini antara yang mendapat rating yang tinggi dan secara tidak langsung memberi gambaran permainan ini memiliki penyokongnya yang tersendiri.

Secara ringkas, permainan ini mengisahkan tentang anda sebagai pemain, mewarisi sebuah plot ladang ‘pusaka’ dalam Stardew Valley ini.

Dengan berbekalkan alatan terpakai sebagai senjata dan juga beberapa keping duit syiling, anda akan menjelajah serta meneroka kawasan bagi memulakan hidup baru.

Persoalannya, bolehkah anda terus hidup dengan bergantung kepada hasil bumi dan mengubah kawasan ini menjadi terus subur dan berkembang?

Jawapan kepada pemain untuk permainan ini adalah, ianya tidah semudah itu!

Jika anda pernah bermain permainan ini dan ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.

sa