Imbasan

STEEP – Bermain Secara ‘Open World’ di Pergunungan Salji

Diolah oleh Along Naz

Kalau nak merasa salji boleh la pergi I-City Shah Alam

Steep adalah sebuah permainan berunsurkan sukan aksi yang membawa pemain bermain di dunia terbuka Alps dan Alaska.  Permainan ini menjanjikan pelbagai variasi sukan, termasuk bermain ski, wingsuiting, papan peluncur salji serta paragliding.

Kawasan persekitaran gunung yang ekstrim dan luas menawarkan pelbagai jenis aktiviti serta peluang kepada pemain, sama ada untuk bermain dan bersaing secara bebas dan juga untuk melakukan aksi lagak ngeri yang ‘gila’.

Dalam Steep, pemain boleh bertemu dengan penunggang dari seluruh dunia serta berkongsi pengalaman bersama- sama dengan mereka dan juga dunia!

Tarikh pelancaran : Disember 2016

Genre : Sukan