Berita

Stereng Permainan Thrustmaster Gran Turismo Ini Akan Berharga RM 3,400

Diolah oleh hang92

Kami pasti anda sudah membaca artikel kami bertajuk Antara Pilihan Stereng Permainan Perlumbaan Terbaik yang pernah kami keluarkan pada waktu dahulu.

Namun baru-baru ini, syarikat Thrustmaster telah mengumumkan untuk melancarkan stereng permainan terbaru keluaran mereka iaitu Thrustmaster Gran Turismo. Stereng ini akan berharga sebanyak USD 800 atau RM 3,400 (tak termasuk cukai, keuntungan kedai dan lain-lain)

Sekiranya anda bersetuju untuk membeli stereng ini, anda akan mendapatkan pakej seperti 1 set stereng, 3 pedal dan kabel kuasa yang berbentuk seperti turbo. Emmm psssst.

Stereng ini akan mempunyai sistem motor yang baru, sistem penyejukan yang premium, dan pelbagai lagi. Stereng ini juga akan ditemani dengan butang seperti pada pengawal, d-pad seperti yang anda dapat lihat di atas.

Thrustmaster mendakwa mereka telah menghabiskan masa sebanyak 16,000 jam untuk mereka stereng ini dari asas sehingga rekabentuk disiapkan. Mereka berharap stereng ini dapat mewujudkan pengalaman realisitik kepada pemain.

Ada sesiapa yang berniat nak beli? Anda adalah kawan terbaik kami!

sumber: kotaku

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.