Berita

Strange Brigade: Saksikan Ulasan Cara Permainan Dari Rebellion’s

Diolah oleh Konsol

Baru-baru ini syarikat pembangun Rebellion telah berkongsi video cara permainan Strange Brigade. Dari video yang dipertontonkan sememangnya permainan ini ada kelainannya dan tampak menarik sekali.

Untuk pengetahuan anda permainan Strange Brigade ini mengisahkan tentang watak seorang ejen kerajaan Bristish bagi satu organisasi rahsia sekitar tahun 1930.

Sebagai seorang ejen rahsia, anda ditugaskan untuk menyiasat satu aktiviti paronormal di suatu tempat rahsia, dan ceritanya bermula di situ. Menarik kan?

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut anda boleh lihat video Rebellion ini di bawah.

Sebelum anda menyaksikan video ini, permainan Strange Brigade ini akan boleh dimainkan di platform Playstation 4, Xbox One dan juga PC.

Selamat menonton ūüôā

Sumber: The Sixth Axis

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.