Berita

Street Fighter 5 : Capcom Mencipta Kontroversi Dengan Bacaan Ayat Suci Islam

Diolah oleh hang92

Tidak lama dahulu Capcom terpaksa mengeluarkan cara ejekan bagi watak R. Mika dalam Street Fighter 5 kerana menampar punggung pihak lawan dan ini menyebabkan maklumbalas negatif dari masyarakat.

Pada minggu ini, selepas dua hari DLC lokasi baru dikeluarkan untuk Street Fighter 5, Capcom terpaksa pula mengeluarkan lokasi ini dari PlayStation Store kerana terdapat kontroversi agama.

Kontroversi Street Fighter 5 baru-baru ini berkaitan dengan lokasi perlawanan yang diadakan di Thailand. Lokasi ini terkenal pada permainan Street Fighter 2 dan dianggap sebagai salah satu contoh terbaik peringkat perlawanan dalam siri Street Fighter.

Pada Street Fighter 5 ini, Capcom menampilkan semula kuil Buddha milik M. Bison dan mereka telah menghasilkan suatu rekaan yang tidak sensitif.

Lokasi ini dengan jelas direka untuk menggambarkan agama Buddha, namun muzik latar belakang pada lokasi ini tidak kena sama sekali. Sebaliknya terdapat ayat bacaan suci Islam dengan jelas telah dimainkan.

Cuba anda dengan muzik latar belakang tersebut :

 

Hakikat ini menunjukkan bahawa Capcom telah gagal melakukan penyelidikan terlebih dahulu dan ini menyebabkan mereka telah keliru dalam pemahaman dua agama ini sekaligus menunjukkan mereka tidak sensitif dalam hal berkaitan isu semasa.

Capcom telah mengeluarkan kenyataan dan berkata mereka akan menggantikannya dengan audio dari lokasi yang lain selepas mendapati lokasi Thailand ini mengandungi “rujukan agama yang tidak disengajakan”

“Pasukan pembangunan dan operasi permainan The Street Fighter 5, dan juga kami semua di Capcom, mempunyai rasa hormat yang penuh untuk semua kepercayaan dan agama di seluruh dunia, dan kami ingin memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang tersinggung dengan kandungan ini. ”

Street Fighter 5 kini boleh didapati di PS4 dan juga PC.

 

sumber : Capcom Support

 

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.