Android & iOS

Street Fighter IV: Champion Edition Membawa Pertarungan Dari Konsol Ke iOS

Street Fighter IV- Champion Edition-ios
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Selepas penangguhan untuk beberapa ketika, Capcom Mobile akhirnya mengumumkan versi terkini Street Fighter IV untuk iOS yang bertajuk Street Fighter IV: Champion Edition. Versi permainan ini akan memperkenalkan beberapa watak baru dan ciri-ciri baru.

Street Fighter IV: Champion Edition mempunyai 25 watak yang boleh dimainkan, dan tiga daripada mereka – Poison, Ibuki dan Dudley adalah watak baru untuk versi permainan ini.

street-fighter-iv-champion-edition

Enam watak-watak yang tidak didedahkan juga akan hadir ke versi permainan ini dengan kemas kini percuma pada bulan-bulan yang akan datang. Permainan ini juga mempunyai resolusi dan sokongan skrin lebar yang lebih tinggi.

Permainan ini mempunyai kawalan pad virtual yang akan membantu pemain melaksanakan serangan unik, gerakan khas, serangan fokus, kombo dan kombo ultra, tetapi ia juga mempunyai sokongan pengawal MFI penuh untuk ciri pemain tunggal dan multiplayer.

street-fighter-iv-champion-edition

Ciri pemain tunggal mempunyai empat tahap kesukaran, dan mengandungi tutorial untuk pemain kasual dan mod Arked.

Ciri mutliplayer pula membolehkan pemain bertarung sesama sendiri dalam perlawanan 1-lawan-1 melalui Wi-Fi. Capcom mengesyorkan bahawa Street Fighter IV: Champion Edition beroperasi pada iOS 10.0 atau lebih.

Street Fighter IV: Champion Edition tidah datang dengan secara percuma. Pemainan ini  sudah boleh dibeli dan dimuat turun di App Store dengan tanda harga RM19.90.

Berikut adalah peranti yang disokong untuk permainan ini: iPhone 5s, iPhone 6, iPhone 6 Plus, iPhone 6s, iPhone 6s Plus, iPhone SE, iPhone 7, iPhone 7 Plus, iPod Touch (Gen 6), iPad (model 2017) IPad Air, iPad Air 2, iPad mini Retina, iPad mini 2, iPad mini 3, iPad mini 4, Pro iPad (9.7 inci), dan iPad Pro (12.9 inci).

Street Fighter IV juga boleh didapati di 3DS, PC, PS3, PS4, dan Xbox 360.

Sumber: DualShockers

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.