Berita

Suami Diisytiharkan Muflis Gara-gara Menghabiskan Kesemua Simpanan Wang Demi Twitch

Diolah oleh hang92

Pendapatan seorang penyiar / pengguna Twitch profesional sebenarnya bergantung kepada sumbangan wang daripada penonton untuk mendedikasikan sepenuh masa mereka untuk menghiburkan orang ramai.

Tetapi kadangkala apabila penonton mendapat peluang untuk berinteraksi dengan penyiar Twitch ini, mereka tidak dapat mengawal diri mereka.

Seorang suami berusia 28 tahun dan merupakan bapa kepada seorang anak dan juga pencari nafkah utama bagi sebuah keluarga dilaporkan telah menderma sejumlah wang simpanan keluarga itu kepada beberapa penyiar Twitch.

Hal ini dirahsiakan daripada pengetahuan isterinya sehingga suatu hari kad kredit bersama isteri dan suami telah ditolak kerana si isteri cuba untuk membeli barangan runcit di kedai.

Si isteri, dalam keadaan marah telah bertanyakan pendapat di Reddit tentang situasi hubungan mereka. Si isteri telah memberitahu bahawa si suami telah menghabiskan keseluruhan simpanan pasangan itu dan ianya berjumlah RM 165,000.

Image result for twitch streamer

 – gambar sekadar hiasan

Si isteri juga mendapati sejarah akaun mereka telah jelas menunjukkan bahawa si suami telah membelanjakan sepenuhnya simpanan mereka kepada sumbangan Twitch. Menurut isteri, dalam satu hari si suami telah menyumbang sejumlah RM 20,000 melalui sumbangan berasingan.

Jadi, pernahkah anda menyesali perbuatan anda dengan menyumbang kepada penyiar Twitch?

Sumber : Reddit

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.