Ura-ura

SUBTERRAIN – DARIPADA PENGELUAR PERMAINAN INDIE

Diolah oleh Along Naz

Setiap keputusan anda adalah Kritikal!

Subterrain mencabar anda untuk meneruskan survival anda di Planet Marikh. Anda menguruskan segalanya secara bersendirian!

Kapal angkasa, kajian, meneroka planet danberjuang melawan mutan sebagai musuh anda. Persoalannya, mampukah anda terus bertahan hidup dan terlepas daripada kejadian ngeri ini? Anda tentukan.

Di dalam permainan ini, anda mewakili watak sebagai Dr. West , satu- satunya orang yang terselamat daripada nahas yang berlaku di dataran Planet Marikh.

 

Permainan yang dibangunkan oleh Pixellore Inc memerlukan anda untuk melakukan apa sahaja untuk terus hidup. berperang dengan musuh, berlawan dengan rasa lapar dan dahaga, merawat luka, mengumpul maklumat dan segalanya untuk terus hidup di planet merah ini. Yang pasti, anda boleh menjadi musuh kepada diri anda sendiri sekiranya anda cuai.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.