Berita

Sudahkah Anda Bersedia Untuk PES 2018 Beta Yang Akan Hadir Pada Minggu Ini

Diolah oleh Konsol

Hari yang ditunggu-tunggu oleh setiap peminat permainan Pro Evolution Soccer 2018 akhirnya tiba juga.

Pada minggu ini bertarikh 20 Julai, seperti yang dijanjikan pihak Konami akan melancarkan permainan Pro Evolution Soccer 2018 versi beta kepada umum.

Pro Evolution Soccer 2018 versi beta ini boleh dimuaturun dan dimainkan pada 20 Julai ini dari pukul 4 pagi sehingga tengah malam (12 a.m).

Pada versi beta yang boleh dimainkan pada Playstation 4 dan Xbox One, pemain bakal dibenarkan untuk mencuba beberapa fungsi di dalam permainan Pro Evolution Soccer 2018 seperti permainan pantas dan kerjasama 3 lawan 3 di antara pemain di atas talian.

Selain daripada itu, pemain akan ditawarkan juga untuk mencuba pasukan kebangsaan Brazil dan Perancis, dan bermain di stadium Arena Neu Sonne.

Satu kelebihan bagi pemain pada konsol Playstation 4 ialah anda tidak memerlukan akses PlayStation Plus untuk mencuba versi beta Pro Evolution Soccer 2018 ini.

Bagi pemilik Xbox One pula, ia agak mengecewakan sedikit kerana anda masih memerlukan langganan Xbox Live Gold untuk mencuba versi beta ini.

Diharapkan pada semua peminat permainan Pro Evolution Soccer 2018 ini khususnya di Malaysia dapat bersama-sama mencuba versi beta ini pada 20 Julai 2017.

Pada yang tidak berkesempatan, jangan risau. Anda masih berpeluang untuk memainkan permainan Pro Evolution Soccer 2018 versi akhir yang akan dilancarkan secara rasmi pada 12 September 2017 untuk hampir kesemua platform seperti Playstation 3, Playstation 4, Xbox 360, Xbox One dan PC.

Jom kita sembang mengenai pendapat dan pandangan anda tentang berita ini? Sila tuliskannya diruangan komen.

Pendapat dan pandangan anda amat kami hargai 🙂

Sumber: Polygon

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia