Imbasan

Sultan Johor Merupakan Pemilik Trak Mack Termahal dan Ianya Mempunyai Konsol!

Diolah oleh hang92

Tahukah anda pada tahun 2015, impian Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar untuk memiliki trak Mack akhirnya berjaya direalisasikan.

Pembuatan trak berkenaan mengambil masa setahun di ibu pejabat Mack Trucks di Wacol, Queensland.

Harga trak tersebut tidak didedahkan, namun sumber memberitahu ia mungkin mencecah RM1.4 juta.

Menurut Naib Presiden Mack Trucks Australia, Dean Bestwick, trak tersebut mempunyai elemen eksklusif dan tidak akan didapati dalam trak Mack yang lain.

Antara ciri eksklusif yang dimaksudkan ialah enam kamera litar tutup (CCTV), dua set televisyen, dapur barbeku dan katil kelamin, selain tempat duduk yang dijahit dengan benang emas, dan dua buah konsol iaitu Xbox One dan Playstation 4!

Agak-agak, permainan konsol apa yang diminati untuk oleh Sultan Johor?

sumber : paultan

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.