Berita

Super Mega Baseball 2 : Akan Berlari Kepada Anda Pada Platform PS4, Xbox One, dan PC September Ini

Diolah oleh hang92

Pemaju permainan Metalhead Software telah mengumumkan bahawa permainan Super Mega Baseball 2 akan dilancarkan pada September 2017 ini.

Permainan ini telah menunjukkan kematangan berbanding pada siri sebelum ini dengan tumpuan lebih kepada persembahan permainan, kebolehubahuaian, dan permainan dalam talian yang menyokong dua pemain dalam mod kerjasama atau melawan pemain lain juga dalam talian.

Anda boleh membina kumpulan anda sendiri, anda boleh tentukan berapa banyak pasukan di dalam liga, berapa banyak bahagian, dan juga berapa banyak sesi temu bual.

Setiap pasukan juga boleh diubahsuai. Ini termasuk logo, warna pasukan anda, jersi, stokin, dan lain-lain. Anda juga boleh mengubahsuai tali kasut pemain. Ya, sampai begitu sekali.

Akhir sekali, video baru telah dikeluarkan bagi mempamerkan permainan gaya baru ini. Anda boleh melihat sendiri di bawah:

sumber : dualshockers

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.

Anda mungkin meminat artikel yang juga berkaitan dengan ini seperti:

Rugby 18 : Hadir Ke PC, PS4 dan Xbox One Pada Oktober Ini

NBA Playgrounds : Menggabungkan Permainan NBA Jam dan NBA Streets!

NBA 2K18 ; Bagi Peminat Bola Keranjang