Berita

Superhot & Superhot VR: Bermain Dengan Menghentikan Masa Dengan Permainan Unik Ini

Diolah oleh hang92

Sony pada minggu lepas telah mengesahkan bahawa Superhot dan Superhot VR akan dilancarkan dalam beberapa minggu lagi.

Pengumuman ini dibuat semasa persidangan E3 pada minggu lepas.

Superhot-1

Untuk pengetahuan anda, Superhot VR mula-mula dikeluarkan untuk Oculus Rift pada bulan Disember 2016 dan kemudiannya dikeluarkan untuk HTC Vive pada bulan lepas.

Superhot adalah permainan pandangan orang pertama, FPS di mana masa hanya akan bergerak jika anda minta sedemikian. Permainan ini telah dibangunkan lebih tiga tahun lalu dan dimulakan dengan sokongan dari Kickstarter dan komuniti permainan di seluruh dunia.

Superhot telah dilancarkan di PC terlebih dahulu pada tahun lepas dan sambutan yang terima adalah sangat menggalakkan. Permainan ini terus disebut-sebut sebagai suatu permainan yang paling mengasyikkan dan ini membuktikan bahawa walaupun reka bentuk permainan adalah klasik namun jalan cerita turut memainkan peranan yang penting.

Permainan telah banyak memenangi anugerah dan mungkin suatu hari nanti kita akan lihat permainan ini akan menjadi permainan tahunan di seluruh dunia.

Superhot-2

Dan kini, selepas beberapa bulan permainan ini dilancarkan di PC, akhirnya platform Playstation akan dioptimumkan khususnya untuk platform PSVR dan PS Move.

Permainan ini secara rasmi telah bersedia untuk dilancarkan!

sumber: polygon

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.