Berita

Surviving Mars : Menerokai Planet Merah Didalam Permainan Video

Diolah oleh Konsol

Pada ketika ini, eksplorasi angkasa lepas masih lagi boleh dikatakan berada pada tahap permulaan.

Pelbagai kajian drastik sedang dilakukan ketika ini oleh pelbagai pihak seperti Nasa, Space X dan Blue Origin bagi menguji kelangsungan hidup manusia untuk mendiami sebuah planet lain contohnya planet Marikh.

Walaupun saban hari kita melihat perjalanan kajian mereka menunjukkan hasil yang memberansangkan, tetapi ternyata hasrat untuk melihat seorang manusia untuk mendiami sesebuah planet lain masih jauh untuk dijadikan sebagai realiti.

Sungguhpun hasrat ini masih jauh untuk menjadi kenyataan, tetapi kini anda berpeluang untuk menjelajah dan mendiami planet Marikh di dalam permainan video.

Diberi nama sebagai Surviving Mars, permainan video yang akan diterbitkan oleh pembangun Haemimont ini adalah sebuah permainan video yang memfokuskan kepada strategi pembangunan bandar seperti permainan SimCity atau Cities: Skylines.

Tetapi apa yang membuatkan permainan ini sedikit unik daripada permainan strategi pembangunan bandar yang lain adalah kerana anda akan diuji oleh persekitaran planet Marikh yang ekstrim seperti suhu yang melampau, ribut pasir yang membadai, sumber yang terhad dan bermacam-macam lagi.

Bahkan menurut pembangun permainan ini, permainan ini sememangnya di reka bagi memberikan pengalaman yang sehampir sama seperti anda mendiami planet Marikh.

Akhir sekali, permainan ini bakal menemui anda di platform Playstation 4, Xbox One dan PC.

Jadi, adakah anda akan bermain permainan ini apabila ia dilancarkan nanti? Kongsikan pendapat anda bersama kami

Sumber: GameSpot

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.