Berita

Surviving Mars: Treler Baru Yang Menarik Dipertontonkan

Diolah oleh Konsol

Kira-kira 2 bulan yang lepas, permainan Surviving Mars ini telah pun diumumkan pada acara E3 2017. Pada pengumuman pertama yang dibuat, mereka telah menerangkan serba sedikit berkenaan permainan cara kendiri, survival, di planet merah ini.

Bagi yang belum mengetahui mengenai permainan Surviving Mars ini. Permainan ini akan berkisarkan cara kendiri sebuah koloni yang dihantar ke planet Marikh.

Selain daripada itu,  permainan Surviving Mars memerlukan anda untuk merangka strategi bagi membina dan menguruskan penempatan manusia di planet merah ini dan membuktikan kelangsungan hidup anda sebagai sebuah koloni.

Permainan ini telah diumumkan pada sidang media Microsoft pada acara E3 yang lepas, dan dijangka akan menemui peminat permainan video pada tahun 2018 di konsol Microsoft Xbox One dan juga PC.

Kemungkinan permainan ini turut dilancarkan pada konsol Playstation 4 juga agak tinggi. Walaubagaimanapun, setakat artikel ini ditulis, masih belum ada pengumuman yang dibuat untuk mengesahkan permainan ini akan turut hadir pada konsol permainan video paling laris di Malaysia itu.

Sebelum mengakhiri artikel ini, anda boleh saksikan video trailer menarik terbaru yang dipertontonkan bagi permainan Surviving Mars ini. Selamat menonton 🙂

Sumber: GamingBolt

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysi