Berita

Sushi Striker: Permainan Khas Untuk 3DS, Dan Bukan Untuk Switch

Diolah oleh hang92

Nintendo telah mengklasifikasikan permainan ini sebagai “Conveyor Belt Sushi Puzzle Action” . Maaf kami tidak dapat untuk menterjemah. Minta jasa baik anda untuk menolong kami menterjemah.

Anda akan bermain sebagai watak comel yang mengajak pemain lawan ke dalam “pertempuran sushi.” Matlamat anda di dalam permainan ini adalah untuk makan dan mengumpul pinggan yang sama jenis untuk menngumpul pinggan tersebut sehingga menjadi setindan bukit. Anda kemudian perlu melontarkan pinggan ini kepada pasukan lawan sehingga nyawa mereka kehabisan.

Permainan ini dibangunkan oleh indiezero, studio yang sama yang membawakan kita kepada permainan Cooking Guide: Can’t Decide What to Eat? pada platform Nintendo DS.

Seperti kebanyakan permainan Nintendo, tiada tarikh pelancaran setakat ini melainkan tarikh selain pada 2018.

Ada sesiapa tengah mengidam nak pergi Sushi King sekarang ni?

sumber: theverge

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.