Berita

SWITCH DIJATUHKAN DARI ARAS KETINGGIAN 1000 KAKI – HASILNYA?

Diolah oleh Along Naz

Artikel hari ini. Tidak seperti kebiasaanya. Kami ingin kongsikan sebuah video, jelas bukan berkaitan dengan permainan seperti kebiasaanya tetapi berkenaan dengan ujian ketahanan. Ya, ujian ketahanan untuk konsol Nintendo Switch. Sangat mengujakan!

Video ini telah dikongsikan di Youtube. Seorang pengguna Youtube bernama UnlockRiver telah memuatnaik sebuah video di mana mereka telah menggunakan dron untuk menjatuhkan Nintendo Switch dari ketinggian 1000 kaki di udara!

Maka keputusannya?…Menakjubkan. Switch tersebut masih lagi berfungsi. Malah hampir kesemua komponen Switch masih berfungsi. Satu- satu komponen yang mengalami kerosakan adalah Joy- Con sebelah kiri.

Anda boleh saksikan video ini.

Kami konsol.my, sememangnya kami tidak akan menggalakkan aksi- aksi sebegini di mana-mana. Lebih-lebih lagi di rumah.

Tapi sekiranya anda ingin mencuba atau membuat sebarang ujian ke atas konsol anda. Jangan lupa kongsikan pengalaman dan video anda dengan kami. Amacam?

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.

Anda mungkin meminat artikel yang juga berkaitan dengan ini seperti:

Ada Apa Dengan Masalah Nintendo Switch?

Nintendo Telah Menghentikan Pengeluaran Famicon Mini Di Jepun

Jenis Pemain Permainan Yang Perlu Anda Ketahui