Berita

Syarikat Pengasas WeChat Berminat Untuk Melabur Di Dalam Player Unknown Battleground

Diolah oleh Konsol

Lumrah alam, jika sesuatu yang anda lakukan mendapat sambutan yang amat luar biasa serta mempunyai ramai pengikutnya, pasti berduyun-duyun syarikat gergasi datang kepada anda untuk tujuan pengambilalihan atau sumbangan dana.

Perkara seperti ini telah banyak kali kita saksikan sebagai contoh syarikat Facebook yang telah mengambil alih Instagram dan juga Whastapp. Ini semua terjadi apabila Instagram dan Whatsapp telah pun menunjukkan peningkatan yang luar biasa dari segi jumlah penggunanya.

Terbaru, permainan video paling hangat diperkatakan ketika ini iaitu Player Unknown Battlegrounds (PUBG) mungkin akan mengalami nasib baik yang sama. Dimana baru-baru ini, Tencent iaitu pengasas aplikasi “carian rumah urut” yang terkenal di Malaysia, WeChat yang berpengkalan di China telah pun melakukan perbincangan kali pertama dengan pihak PUBG untuk tujuan pelaburan ekuiti pada permainan hangat Player Unknown Battlegrounds (PUBG) ini.

Tencent sebelum ini sedia menawarkan sejumlah aplikasi dan permainan video di telefon pintar yang diintegrasikan bersama aplikasi WeChat. Selain mempunyai beberapa pegangan saham di dalam syarikat pembikin permainan video seperti Activision Blizzard, Supercell dan juga Epic Games.

Jadi tidak hairanlah, syarikat gergasi seperti Tencent melihat sesuatu yang amat lumayan dengan pelaburan dana di dalam  permainan video seperti Player Unknown Battlegrounds (PUBG).

Jika perkara ini menjadi kenyataan, kita bakal melihat satu lagi fenomena baru dimana permainan Player Unknown Battlegrounds (PUBG) akan menjadi satu-satunya permainan yang boleh menandingi pengguna aktif Whatsapp pada setiap hari. Ini kerana, jika Player Unknown Battlegrounds (PUBG) bersama Tencent sudah semestinya lebih ramai pemain dari negara tembok besar itu akan menyumbang jumlah yang lebih tinggi bagi angka pemain aktif setiap hari pada permainan Player Unknown Battlegrounds (PUBG).

Sumber: Esport Observer

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Bluehole Di Dalam Perbincangan Dengan Sony Untuk Membawa PlayerUnknown’s Battlegrounds Ke PS4

PlayerUnknown’s Battlegrounds Melangkaui Jumlah Pemain Serentak Dota 2

PUBG Kini Mencecah 1.5 Juta Pemain Dalam Satu-Satu Masa

PLAYER UNKNOWN‘S BATTLEGROUNDS BAKAL DILANCARKAN DI KONSOL?

PlayerUnknown’s Battlegrounds Telah Terjual Sebanyak 10 Juta Salinan Setakat Ini

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia