Berita

Syarikat SuperData Mendedahkan Angka Jualan Bagi Semua Permainan Digital Pada April 2017

Diolah oleh hang92

Syarikat analisis data, SuperData telah mengeluarkan angka jualan digital di seluruh dunia bagi bulan Mac. Mereka mendedahkan bahawa permainan yang dikeluarkan pada September 2016 iaitu FIFA 17 keluaran EA, mendapat tempat pertama jualan pada konsol bagi bulan April.

Sementara itu, bagi platform PC pula, permainan baru iaitu Battlegrounds PlayerUnknown, yang dilancarkan pada 23 Mac pada PC telah memperoleh $ 34 juta USD pada bulan April.

SuperData juga turut menyatakan bahawa Tom Clancy Ghost Recon Wildlands (permainan paling laris untuk digital pada bulan lepas dan tahun ini) dan Mass Effect: Andromeda mengalami penurunan mendadak pada bulan April selepas dilancarkan bulan lepas.

Menurut SuperData penurunan mungkin disebabkan oleh ulasan oleh pengkritik yang tidak membina. Walaupun syarikat BioWare dan Ubisoft telah terjejas sedikit, EA lain pula ceritanya, FIFA 17 dan Battlefield 1 telah mendahului carta konsol.

Di bawah, anda boleh melihat senarai 10 teratas pada PC / konsol / bimbit, senarai disusun dengan kedudukan yang meraih paling banyak perolehan.

Konsol:

  1. FIFA 17
  2. Battlefield 1
  3. Grand Theft Auto V
  4. Call of Duty: Infinite Warfare
  5. Tom Clancy’s Ghost Recon: Wildlands
  6. Call of Duty: Black Ops III
  7. Overwatch
  8. Persona 5
  9. Destiny
  10. NBA 2k17

PC:

  1. League of Legends
  2. Crossfire
  3. New Westward Journey Online II
  4. Dungeon Fighter Online
  5. World of Warcraft
  6. World of Tanks
  7. PlayerUnknown’s Battlegrounds
  8. World of Warcraft (East)
  9. Overwatch
  10. Counter-Strike: Global Offensive

Bimbit:

  1. Clash Royale
  2. Monster Strike
  3. Clash of Clans
  4. Game of War: Fire Age
  5. Fantasy Westward Journey
  6. Mobile Strike
  7. Honour of Kings
  8. Pokemon GO
  9. Lineage 2 Revolution
  10. Fate/Grant Order

sumber : SuperData

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.

Anda mungkin meminat artikel yang juga berkaitan dengan ini seperti:

Skyrim : Kedudukan Teratas Dalam Carta Game Informer Untuk Top 100 RPG Sepanjang Zaman

CARTA JUALAN US DAN UK UNTUK APRIL : PERSONA 5 DAN FIFA17 MENJUARAI CARTA!

Carta Jualan Jepun : Ghost Recon : Wildlands Menjuarai Carta Mingguan