Ura-ura

Syndrome – Menerokai Setiap Inci Kapal Angkasa Valkenburg

Diolah oleh Along Naz

Bersendirian di angkasa untuk menyelesaikan misteri

Permainan ini mengisahkan tentang watak utama yang bangun di kapal angkasa tanpa memori apa yang berlaku. tindakan pemain tidak terhad kepada berlari dan bersembunyi sahaja.

Syndrome juga memerlukan pemain untuk melibatkan diri dalam pertempuran, walaupun senjata yang ada dan peluru adalah sangat terhad. Permainan ini juga memasukkan banyak elemen seram dan psikologi — watak utama sentiasa dibelenggu oleh halusinasi visual dan auditori, tidak dapat membezakan apa yang sebenar dan apa yang bukan realiti

Syndrome adalah permainan sains fiksyen berkenaan dengan survival dan seram yang berlaku di atas kapal “Valkenburg”. Permainan ini bermula apabila anda terbangun dari tidur dan terkeliru – kemungkinan kesan daripada cyrosleep . Tiada sesiapa pun  di sekeliling anda, tetapi tidak lama selepas itu anda mula menjumpai mayat- mayat krew anda.

Dalam situasi kapal yang terus hanyut, siapakah? Atau apakah yang membunuh seluruh krew anda? Berkemungkinan masih berada di dalam kapal.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.