Berita

Taiko Drum Master: Session de Dodon ga Don! Akan Dilancarkan Pada PS4

Diolah oleh hang92

Taiko no Tatsujin, atau lebih dikenali sebagai Taiko Drum Master sudah tentu adalah permainan yang paling – popular di arked pusat membeli-belah di serata Malaysia. Permainan ini tidak lama lagi akan dilancarkan khas untuk platform PS4 tidak lama lagi.

Walaupun masih belum ada tarikh pelancaran global, namun pasaran Jepun akan menerima permainan Taiko Drum Master: Session de Dodon ga Don! pada 26 Oktober nanti .

Permainan ini akan didatangkan dengan pelbagai mod permainan yang boleh dimain bersama seisi keluarga, rakan-rakan anda, atau anda boleh juga bermain berseorangan. Permainan ini juga mempunyai drum / bongo yang mempunyai butang-butang pengawal PS4.

Beberapa watak jemputan khas seperti Doraemon, Hello Kitty, Pac Man, Hatsune Miku dan banyak lagi turut didatangkan bersama dengan permainan ini.

Jika anda ingin bermain permainan tanpa membeli drum / bongo anda juga boleh bermain bersama pengawal DualShock 4 dengan harga 6,100 yen (~RM233), atau dalam pakej sekali dengan pengawal drum / bongo dengan harga 9,980 yen (~RM381)

Apa kata anda saksikan treler di bawah untuk menyaksikan sekeluarga Jepun sedang berseronok dengan permainan ini. Jika permainan ini dilancarkan di Malaysia, kami pasti akan membelinya.. tapi nak main dengan siapa..

sumber: dualshockers

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.