Berita

Taiko no Tatsujin: Drum Session! Akan Berada di PlayStation Experience 2017 Kuala Lumpur

Diolah oleh hang92

Taiko no Tatsujin, atau lebih dikenali sebagai Taiko Drum Master sudah tentu adalah permainan yang paling popular di arked pusat membeli-belah di serata Malaysia. Permainan ini tidak lama lagi akan dilancarkan khas untuk platform PS4 tidak lama lagi.

Terkini, pihak penganjur PlayStation Experience 2017 Kuala Lumpur berkata permainan ini akan dibawakan ke dalam acara ini. Selain itu terdapat juga permainan lain terbitan Bandai Namco yang akan dibawa ke dalam acara tersebut seperti Ni No Kuni II: Revenant Kingdom.

Baca jugaPlaystation Akan Mengadakan Acara PlayStation Experience 2017 Di KL Live Pada 5 Ogos Ini

Setakat hari ini, permainan yang telah disahkan untuk berada di acara PlayStation Experience 2017 Kuala Lumpur adalah seperti;

Sony Interactive Entertainment Inc.

  1. Bravo Team VR
  2. Everybody’s Golf
  3. Detroit: Become Human
  4. Gran Turismo Sport
  5. Knack 2
  6. Matterfall
  7. No Heroes Allowed! VR
  8. The Inpatient VR

Ubisoft

  1. Far Cry 5

Bandai Namco Entertainment Asia

  1. Ni No Kuni II: Revenant Kingdom
  2. Taiko no Tatsujin: Drum Session!

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.