Pilihan Kami Ulasan

Tanda-tanda Ketagihan Permainan Video

Staff Astro
Diolah oleh Staff Astro

Bagi anda yang belum tahu adakah anda seorang pemain permainan video tegar. Cuba baca dan amati simptom-simptom dibawah untuk anda fahami dan anda selami jika anda adalah seorang pemain permainan tegar..

Kalau ada di bawah cuba fikirkan apa yang baik dan buruknya

1 – Runut bunyi permainan

Anda sedang bermain permainan video, lantas anda terdengar suatu runut bunyi sebagai muzik latar belakang permainan. Anda suka pada muzik tersebut dan anda membuat penyelidikan di Youtube, anda muat turun dengan aplikasi di telefon bimbit anda.

Anda mungkin ada masalah ketagihan kepada permainan jika anda memasukkan lagu-lagu dari runut bunyi permainan kegemaran anda ke dalam senarai lagu ke dalam telefon bimbit anda.

Anda selalu mendengar runut bunyi permainan apabila anda sedang memandu ke tempat kerja bahkan jika anda membawa motorsikal pun anda akan memakai fon telinga untuk mendengar runut bunyi tersebut.

2 – Berkhayal tentang taktik untuk kemenangan

Apabila anda menonton siaran TV bersama keluarga atau pasangan, pemikiran anda melayang kepada cara dan taktikal permainan.

Anda berkhayal tentang peralatan baru yang boleh dimiliki pada permainan Battlefield 1, anda berkhayal tentang taktikal FIFA 17, anda berkhayal tentang keindahan latar belakang Horizon Zero Dawn dan banyak lagi.

Ini adalah beberapa contoh yang paling biasa. Jikalau anda mempunyai masa yang berlebihan anda tetap mahu menghabiskannya dengan bermain permainan dari cuba melayan keluarga anda – anda berada dalam tahap kritikal.

Jika anda sebegini anda perlu cuba berubah kerana anda dan permainan anda perlu ada hadnya dan anda juga perlu luangkan masa dengan keluarga dan bersosial dengan orang lain.

3 – Bimbang Dengan Pandangan Kumpulan Maya

Anda kini lebih ramai rakan-rakan di dunia maya permainan lebih daripada rakan-rakan sekolah lama anda sendiri.

Kini terdapat banyak permainan dalam talian yang berunsurkan puak atau kumpulan, apabila anda mulai serius dengan satu-satu permainan itu anda akan mula mencari kumpulan untuk disertai untuk menambah rakan atau saja nak menunjuk kehandalan anda bermain.

Apabila anda sudah ketagih dan mula berseronok dengan kumpulan yang anda sertai, anda mulai cepat terasa apabila kumpulan anda mengadakan mesyuarat dan anda tidak ada di dalam forum tersebut, lalu anda akan berasa marah dan risau dengan apa keputusan kumpulan anda itu.

Lagi-lagi jika kumpulan anda sudah berada di tahap teratas di Malaysia.

Anda sangat tertekan sehinggakan jika anda sedang bekerja, fokus fikiran anda hanya tertumpu pada keputusan kumpulan tersebut.

Hal ini boleh menjadikan anda seorang yang gila dalam tidak sedar. Pastikan tanggungjawab anda di dunia realiti lebih diutamakan.

Jangan risau kerana kumpulan alam maya ini tidak akan membantu sekiranya anda ditimpa kesusahan di dunia realiti sekalipun. Jika nak pinjam RM700, siapa yang sudi untuk pinjamkan wang? Keluarga juga

4 – Komited dengan apa yang diinginkan

Anda sukar untuk menetapkan keputusan apa yang anda ingin lakukan pada sesuatu permainan ini, anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam untuk mendapatkan apa yang diinginkan.

Anda ingin berada di tahap permainan tertinggi untuk memuaskan nafsu berlagak anda dan mahu dikenali di dalam permainan, anda juga menginginkan sesuatu barang yang pemain lain gunakan dan kelihatan hebat di mata anda.

Jadi anda beriltizam untuk mempunyai citarasa yang sama dengan si pemain tadi disebabkan tidak mahu ketinggalan.

Anda juga komited untuk menghabiskan permainan tersebut lebih cepat daripada orang lain supaya anda dapat bercerita dan berkongsi tips kepada orang lain yang masih dalam proses atau belum bermain permainan tersebut.

Jadi bagi anda yang mempunyai simptom sebegini anda perlu ubah pendirian anda serta cuba berfikir panjang dengan apa yang telah anda lakukan. Lebih baik anda komited dengan kerja hakiki di dunia yang lebih penting dari komited dan membazir di dunia permainan anda.

5 – Tajuk permainan yang baru

Dapat sahaja tahu ada permainan baru yang akan dilancarkan anda pasti menonton video di Youtube dan akan cuba secepat mungkin mendapatkan permainan tersebut kerana tidak mahu ketinggalan dan tidak mahu dilabel sebagai ketinggalan zaman.

Kadang-kadang sehingga ada berjenis-jenis tajuk permainan di rumah anda sehinggakan ada satu bilik dikhaskan untuk meletakkan cakera permainan anda.

Jika ada permainan baru dikeluarkan anda terus mengayuh basikal ke kedai berhampiran dan membeli tanpa memikirkan permainan yang anda beli sebelum ini belum lagi habis dimainkan.

Kesimpulan

Ini sekadar pendapat peribadi sahaja. Tidak salah menjadi pemain permainan video jika anda pandai membahagikan masa dan bersosial dengan orang sekeliling anda.

Tidak salah juga ingin mempunyai rakan dan kumpulan di alam maya anda jika kerana itu akan mengajar anda cara alternatif untuk bersosial dengan rakan.

Tidak salah juga komited dengan satu-satu permainan tetapi perlu ada had tertentu supaya tidak membuang terlalu banyak masa di sana.

Tidak salah juga untuk selalu “up to date” tetapi cuba tepuk poket terlebih dahulu untuk perbelanjaan bulanan anda. Banyaknya tidak salah. Ermmm

Sekian salam sayang dari kami.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.