Berita

Tandakan Kalendar Anda Pada 19 Oktober Ini Bagi Perlancaran Life Is Strange: Before The Storm Judul 2

Diolah oleh Konsol

Sudahkah anda bermain permainan Life Is Strange: Before The Storm sebelum ini yang dilancarkan pada 31 Ogos yang lepas. Jika jawapan anda Ya, jadi anda patut tandakan kalendar anda pada 19 Oktober 2017 ini untuk sambungan permainan ini yang bertajuk Life Is Strange: Before The Storm Judul 2.

Pihak pembangun permainan ini telah mengesahkan bahawa pada 19 Oktober ini, sambungan bagi permainan Life Is Strange: Before The Storm akan dilancarkan bagi platform Playstation 4 (PS4), Xbox One dan juga PC.

Sebagai rujukan, permainan Life Is Strange: Before Storm ini adalah berkisarkan kepada permainan pegembaraan oleh Deck Nine dimana didalam tempoh pengembaraan terbabit, pelbagai halangan dan cabaran yang bakal ditempohi.

Semasa pelancaran permainan Life Is Strange: Before Storm judul 1 pada 31 Ogos 2017 yang lepas, pihak penerbit permainan ini telah mengesahkan bahawa, permainan Life Is Strange: Before Storm ini akan mempunyai 3 judul secara keseluruhannya dan akan dilancarkan secara berperingkat.

Bagi anda yang sudah memiliki permainan ini, Life Is Strange: Before Storm judul 2 ini akan boleh dimuat turun secara percuma bermula 19 Oktober ini. Bagi mereka yang belum lagi mencuba permainan ini, apa kata pada 19 Oktober ini anda dapatkannya, dan mula bermain daripada judul 1. Selamat mencuba 🙂

Sumber: gamespot

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malays