Berita

Tarikh Pelancaran PUBG Ke PS4 Ditangguh, Xbox Memanjangkan Lagi Tempoh Eksklusif Milik Mereka

Diolah oleh hang92

Nampak gaya seperti Microsoft akan terus memegang hak eksklusif konsol untuk permainan PlayerUnkown’s Battlegrounds (PUBG) pada platform Xbox.

Sejarah hak eksklusif ini bermula apabila syarikat pembangun permainan yang berasal daripada Korea Selatan iaitu Bluehole Inc. telah bersetuju kepada Microsoft, yang menyaksikan perjanjian bahawa Microsoft akan melancarkan terlebih dahulu PUBG berbanding mana-mana konsol lain pada penghujung 2016.

Walaubagaimanapun, sebuah artikel daripada Bloomberg telah memberitahu bahawa Microsoft sedang dalam percubaan untuk memanjangkan lagi tempoh hak eksklusif konsol – juga dikenali sebagai kolonisme

Sumber dari Bloomberg itu juga berkata bahawa Bluehole Inc ‘seakan membenar tempoh hak eksklusif (Microsft) untuk dipanjangkan’.

Untuk pengetahuan anda, sesuatu permainan eksklusif selalunya bertahan selama tiga bulan sebelum ianya boleh dimainkan pada konsol-konsol lain – tetapi kami masih lagi tidak mengetahui berapa lama lagi Microsoft akan memegang hak eksklusif permainan ini.

Di dalam laporan Bloomberg ada  menyatakan bahawa:

Microsoft telah menyanggah khabar angin tersebut samada isu ini masih lagi di dalam peringkat perbincangan ataupun sudah dimeterai perjanjian. “Sekarang ini, pasukan Microsoft hanya perlu fokus hanya untuk membawa permainan terbaik seboleh mungkin untuk Xbox One dan juga PC. Kami tiada lagi pengumuman untuk dibuat setakat ini”

Ura-ura ini timbul apabila permainan PlayerUnknown’s BattleGrounds telah menerima beberapa berita baik pada minggu lepas.

Ada syarikat pembangun lain yang telah mengambil idea PUBG ini lalu diterjemahkan kepada permainan baru. Seperti contoh terdekat, pada minggu ini kita telah menyaksikan pelepasan permainan Fortnite: Battle Royal – permainan yang menyerupai PUBG

Baca juga:Muat Turun Permainan Fortnite Battle Royale Secara Percuma Sekarang Di PS4, PC Dan Xbox One

sumber: Bloomberg

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia