Pilihan Kami

TEKKEN – 5 Karakter Pilihan Kami Sepanjang Zaman

Diolah oleh Konsol

Anda semua sedia maklum yang permainan Tekken adalah salah satu permainan yang popular ketika era permainan arked.

Walaupun pada ketika itu, kebanyakkan kedai arked ini tidak boleh dimasuki oleh insan di bawah umur.

Namun adakalanya kami sanggup menanggung apa sahaja risiko yang bakal menimpa asalkan dapat melampiaskan hasrat kami untuk bermain permainan Tekken ini.

Ini semua disebabkan permainan Tekken ini sangat menarik dan anda juga boleh membuat pukulan secara sambung menyambung dan menyebabkan pemain lawan menghempas-hempas mesin arked — hahaha

Oleh kerana permainan Tekken ini masih lagi mendapat tempat di hati pemain video tempatan dan ada pengikutnya yang tersendiri sehinggalah ketika artikel ini ditulis.

Jadi kami terpanggil untuk menyenaraikan 5 watak-watak pilihan kami di dalam permainan Tekken ini. Kami pun sebenarnya salah seorang peminat permainan ni juga.

1Hwoarang

Mesti anda semua terkejut kenapa kami memilih Hwoarang sebagai pilihan pertama dan bukannya Jin Kazama.

Ini kerana bagi kami, Hwoarang mempunyai gaya sepakan kaki yang sangat menarik. Ditambah pula Hwoarang adalah watak yang mempunyai paling banyak combo didalam permainan ini

Selain daripada itu, jika anda pernah menonton babak terakhir di dalam Tekken 6, sebenarnya Hwoarang telah menewaskan Jin Kazama di dalam perlawan iron fist.

Jika anda belum lagi menyaksikan babak akhir tekken 6, kami cadangkan anda menontonnya selepas ini.

Kami telah banyak kali menggunakan watak Hwoarang di dalam Tekken, dan apa yang kami boleh katakan kami tidak pernah bosan untuk menggunakannya.

Jadi apa kata lepas ini, anda juga boleh cuba menggunakan Hwoarang dan rasai sendiri kenikmatannya.

2. Marshal Law

Marshal Law antara watak disukai ramai kerana sekali imbas anda seperti melihat legenda seni bela diri dunia berlawan iaitu Bruce Lee.

Dari gerak geri, gaya dan pakaian memang tidak dinafikan lagi, watak Marshal Law ini mungkin dicipta berdasarkan watak Bruce Lee sendiri.

Kekuatan utama Marshal Law ialah kepantasan tumbukan dan sepakannya. Salah satu pergerakkan Marshal Law yang paling kami gemari ialah sepakan lipatan di udara.

Jika sepakan ini menemui sasarannya, nyawa pihak lawan akan berkurangan secara drastik. Jadi pertimbangkan sekali untuk menggunakan watak Marshal Law selepas ini jika anda ingin merasai pengalaman berlawan ala Bruce Lee.

3Jin Kazama

Yeay akhirnya Jin berada dalam senarai ini.  Ye kami semua memang sayangkan watak Jin Kazama sama seperti anda kerana siapalah permainan Tekken jika tiada watak Jin Kazama. Bak kata perpatah “Jin Kazama dan Tekken berpisah tiada”.

Beliau mungkin tidak mempunyai gerakan combo yang pelbagai berbanding dengan banyak watak-watak Tekken yang lain, tetapi kami percaya dengan karisma dan aura yang di bawa oleh Jin Kazama sudah cukup untuk mengerunkan pihak lawan.

Jika anda menggunakan Jin Kazama, kunci untuk anda memenangi perlawanan ialah dengan bersabar dan mencari peluang keemasan untuk melancarkan combo sambungan.

Jika anda mampu untuk membina ketenangan dan bersabar untuk bertahan, pasti anda dapati yang watak Jin Kazama sebenarnya ialah watak yang sangat mudah digunakan.

4. King

Untuk watak keempat di dalam pilhan kami, kami memilih watak King. Tahukah anda, watak King sebenarnya tercipta hasil inspirasi daripada pengusti profesional iaitu Satoru Sayama. Anda boleh lihat di Wikipedia.

King adalah watak pertama dalam Tekken yang menarik perhatian kami, kerana watak King ini menyerlahkan keganasan mukanya yang memakai topeng Leopard,  ditambah pula dengan susuk tubuh King yang  berotot sasa.

Ia pasti seorang lawan yang anda tidak mahu berjumpa di dunia nyata 🙂

Salah satu gerakan istimewa King ialah dengan melemparkan pihak lawan lalu membunuhnya dengan tumbukan. Selain itu, King juga pakar didalam mengunci badan pihak lawan dan mendesak pihak lawan untuk menyerah kalah.

Selain dari itu, apa yang kami perasan, ketika menggunakan watak King, nyawanya akan lebih perlahan menurun jika dipukul oleh pihak lawan berbanding watak-watak yang lain.

Jadi selepas ini, anda boleh mencuba watak King ini dan kongsikan pengalaman anda bersama kami.

5. Eddy Gordo

Okay, watak terakhir di dalam senarai pilihan kami untuk kali ini ialah Eddy Gordo.

Walaupun Eddy Gordo bukanlah watak yang digemari oleh kebanyakan permain Tekken profesional kerana combonya yang agak perlahan dan pukulan yang kurang menurunkan nyawa pihak lawan.

Akan tetapi apa yang kami minat tentang Eddy Gordo ialah kerana gaya berlawan ala Capoeira yang sungguh seksi dan seakan-akan orang yang tengah menari.

Ditambah pula dengan gaya sepakan Eddy seperti helicopter yang sangat menarik, kami rasakan ini pun sudah cukup buatkan kami terhibur ketika menggunakan watak Eddy Gordo ini.

Rumusan

Okay, itu adalah sebahagian daripada watak-watak pilihan kami sepanjang sejarah permainan Tekken. Watak-watak ini semua di pilih berpandukan minat kami sebagai salah seorang peminat setia permainan Tekken.

Jika anda juga mempunyai watak pilihan tersendiri, apa kata anda kongsikan juga bersama kami di ruangan komen kerana berkongsi itukan tandanya sayang — huhuhu

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.