Berita

Tekken 7: Ada Sesuatu Yang Memeranjatkan Pada Angka Jualannya

Diolah oleh Konsol

Tekken 7 baru sahaja membuat kemunculan pertama pada playstation 4 sejak seminggu yang lepas. Angka jualannya kini sudah mencecah 60,000 salinan.

Walaupun angka jualan ini masih boleh dibanggakan, tetapi jika ia dibandingkan dengan jualan Tekken 6 dan Tekken Tag Tournament 2 yang masing-masing dilancarkan pada konsol Playstation 3 dan Playstation 2, ia masih jauh ketinggalan.

Untuk makluman semua, Tekken 6 telah terjual sekitar 120,000 salinan untuk minggu pertama ia dilancarkan.

Tekken Tag Tournament 2 pula menyaksikan jualan sekitar 69,000 salinan apabila ia dilancarkan pada minggu pertama.

Kenapa Boleh Jadi Begini

Sebenarnya berita ini bukanlah sesuatu yang memeranjatkan kami. Ini kerana kita dapat melihat reaksi yang berbeza-beza oleh para pemain permainan video khususnya di Malaysia apabila permainan Tekken 7 ini mula-mula dilancarkan.

Kepada peminat setia siri Tekken 7 ini, sudah pasti mereka sangat teruja dengan pelancaran Tekken 7 ini, kalau boleh mereka ingin bermain permainan ini secara berterusan sehingga tidur dan makan tiada lagi dalam kamus hidup mereka.

Masakan tidak, mereka telah menantikan permainan ini sekian lama untuk dilancarkan pada Playstation 4. Sudah tentu anda pernah dengar pepatah yang berbunyi “Penantian Suatu Penyiksaan”.

Jadi tidak salah jika mereka mahu-semahunya cuba melempiaskan rasa rindu dan cinta terhadap permainan Tekken 7 ini.

Ada pula segelintir dari mereka yang hanya menganggap permainan Tekken 7 ini tidak banyak yang berubah dari segi cara permainan jika dibandingkan dengan siri-siri Tekken yang lepas.

Seterusnya membuatkan mereka tidaklah begitu terdesak dan teruja untuk memainkan permainan Tekken 7 ini.

Tidak Menyokong

Dan yang paling kami tidak sokong ialah ada juga diantara kita yang mula membandingkan permainan Tekken 7 ini dengan permainan lain. Harus diingatkan bahawa, setiap permainan pasti ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri, dan Tekken 7 juga tidak terkecuali dari perkara ini.

Tetapi kita sebagai peminat dan pemain permainan video di Malaysia, apa salahnya kiranya kita cuba menghormati minat orang lain dan berkongsi kegembiraan yang sama apabila melihat orang lain teruja.

Yelah komuniti permainan video di Malaysia ini tidaklah sebesar mana, nanti pusing-pusing akan jumpa juga orang yang sama. Kalau kita saling bergaduhan, kan dah susah 🙂

Rumusan

Jadi apakah pendapat anda? Adakah anda bersetuju dengan sebahagian huraian kami diatas, atau anda juga mempunyai pendapat yang berbeza dari kami. Jom kongsi dan bincangkan  🙂

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.