Ura-ura

Tekken 7 – Apa Yang Anda Tahu?

Diolah oleh hang92

Permainan Tekken meraikan ulang tahun ke-20 sejak pelancarannya yang pertama pada 20 tahun lalu!

Tekken 7dilancarkan pada 2 Jun 2017 kelak setelah beberapa lama ditangguh pelancarannya sejak 2 tahun lepas.

Tekken 7 kini kembali kepada asas permainannya dengan mewujudkan perlawanan klasik 1 lawan 1 dan diselitkan jalan cerita yang mengisahkan perjuangan ahli-ahli kumpulan Mishima.

Permainan ini menampilkan watak baru iaitu Kazumi Mishima serta pelbagai pertempuran hebat antara watak si bapa dan si anak, dan juga suami dan isteri, semua itu akan disimpulkan ke dalam permainan Tekken 7.

Permainan ini juga dikuasakan dengan grafik dari Unreal Engine 4. Grafik khas ini akan mewujudkan satu standard grafik yang baru dan membuatkan animasi watak-watak dalam permainan menjadi sangat terperinci dengan persekitaran yang dinamik.

Ada juga penampilan watak khas dari Street Fighter iaitu Akuma yang dimasukkan di dalam permainan ini. Saksikan gerakan Akuma dengan gerakan istimewa dari dia iaitu tendangan berpusing macam gasing dan bola-bola api.

Selain watak baru seperti Kazumi Mishima ada juga watak baru lain seperti Claudio, Josie, Shaheen, Katarina, Lucky Chloe, Gigas, dan banyak lagi. Ada berapa watak untuk dimain kesemuanya? Sebanyak 30 orang watak boleh dimain!

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.