Berita

Tekken 7: Bandai Namco Mengumumkan Watak Baru Geese Howard

Diolah oleh Konsol

Nampaknya pihak Bandai Namco ingin terus memberikan saingan terhadap pihak Warner Bros yang telah menerbitkan permainan Injustice 2.

Jika di dalam permainan Injustice 2, pihak Warner Bros telah menyertakan watak undangan Sub Zero dari siri permainan mortal combat, pihak Bandai Namco pula telah mengumumkan watak terbaru Geese Howard dari siri permainan SNK’s Fatal Fury yang akan disertakan didalam permainan Tekken 7.

Untuk pengetahuan semua, Geese Howard adalah antara watak antagonis didalam siri permainan Fatal Fury SNK. Pengumuman yang dibuat oleh pihak Bandai Namco ini merupakan kejutan terbesar bagi siri Tekken 7.

Pihak Bandai Namco tidak pernah menjalinkan sebarang kerjasama dengan pihak SNK sebelum ini kerana pihak SNK yang dilihat hanya menjalinkan kerjasama bersama pihak Capcom.

Oleh itu, dengan penyertaan watak terbaru Geese Howard didalam permainan Tekken 7 ini, ia pastinya suatu berita yang amat mengembirakan bagi peminat siri Tekken dan juga SNK.

Adakah anda tidak sabar untuk mencuba watak terbaru didalam permainan Tekken 7 ini?

Jom kita sembang mengenai pendapat dan pandangan anda tentang berita ini? Sila tuliskannya diruangan komen.

Pendapat dan pandangan anda amat kami hargai 🙂

Sumber: GamingBolt

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia