Berita

Tekken 7: Beri Sokongan Anda Pada Wakil Malaysia Yang Akan Berentap Di Bangkok Untuk Sesi Kelayakkan Tekken World Tournament

Diolah oleh hang92

Minggu raya ini nampaknya tidak begitu meriah apabila ada wakil Malaysia yang akan berentap pada beberapa permainan yang dipertandingkan di Bangkok, Thailand pada hujung minggu ini. Antara permainan yang akan dipertandingkan adalah seperti Street Fighter V, Tekken 7, Injustice 2, Guilty Gear Xrd Rev 2 dan The King of Fighters XIV.

Cuma pada kali ini, ada sesi perlawanan menarik apabila berlangsungnya pemilihan pada pertandingan Tekken di bawah sesi kelayakkan kejuaraan Tekken World Tournament, siapa-siapa yang memungut pada tempat 5 keatas, akan dipilih mewakili Asia lalu secara automatik akan dipilih untuk bertanding di Amerika Syarikat pada sesi akhir kejuaraan tersebut.

Antara wakil Malaysia yang terpilih untuk mewakili negara adalah;

Streetfighter V
– ViewSonic FV IamChuan
– ViewSonic FV Kofmaster
– ViewSonic FV Endy
– ViewSonic FV Shaunw
– ViewSonic FV Nekoxx
– ViewSonic FV Yass Bass

Tekken7
Ahmad Zaharin Muhammad Adriansyah

Apa cabaran untuk Ahmad Zaharin untuk memenangi sesi kelayakkan Tekken ini? Pastinya kemunculan kelibat sang wanita Tekken Queen Tanukana akan memeriahkan lagi suasana. Selain itu kelibat juara Tekken lain seperti Evo Champ & Tekken World Champ 2015 iaitu Nobi dan Evo Champ & Tekken World Champ 2016 iaitu Saint dari Korea akan turut menggamatkan pertandingan. Maka pertandingan ini tidak boleh dipandang enteng justeru itu Ahmad Zaharin perlu berusaha bersungguh untuk melupakan kenikmatan ketupat raya bersama rendang lalu memfokuskan 100% perhatian terhadap pertandingan ini.

Kepada Ahmad Zaharin, kami di Malaysia sentiasa mendoakan kejayaan anda. Semoga anda berjaya mengharumkan nama Malaysia di peringkat Asia, dan seterusnya misi untuk bergelar juara Tekken dunia.

Untuk memberi sokongan dan menyaksikan secara langsung permainan ini dengan lebih dekat anda boleh layari laman web pertandingan TGUThailand.

Jika anda berminat untuk mengetahui jadual dan wakil-wakil yang terpilih untuk kejuaraan Tekken World Tournament anda boleh layari laman web tekkenworldtour.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel lain seperti ini:

TEKKEN 7: WATAK TERBAIK UNTUK DICUBA OLEH PEMAIN BARU SEPERTI ANDA

Tekken 7: Menjuarai Carta Mingguan UK Untuk Pertama Kali Sejak Tahun 1998

Ahmad Zaharin Sekali Lagi Memenangi Pertandingan Tekken 7 Peringkat Borneo

Ahmad Zaharin aka Arenz Telah Menjuarai Kejuaraan Tekken 7, Janda Cup

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.